Kami Perlukan 300 orang untuk Jimatkan Bil Elektrik Kami sehingga 90% [Letak gambar bangunan tahfiz belah hadapan, sebelahnya letak bil elektrik RM3k tu] Tuan Puan yang budiman, Madrasah Baitul Musthofa beroperasi di atas sebuah rumah kediaman yang bertempat di Alor Setar Kedah sejak 2019. Seramai kira kira 30 orang pelajar tahfiz yang mengaji di sini, dan ada antaranya yang terdiri dari golongan anak yatim & asnaf. Dengan pelajar yang seramai ini, semestinya penggunaan elektrik akan tinggi berbanding dengan kediaman biasa. Tambahan pula, untuk memastikan urusan lesen operasi sebagai sebuah pusat tahfiz, tarif elektrik perlulah didaftarkan di bawah tarif komersil. Kita sedia maklum, tarif elektrik komersil amatlah tinggi berbanding tarif kediaman biasa. Untuk makluman tuan/puan, bil elektrik Tahfiz Baitul Musthofa ini setiap bulan akan berlegar sekitar RM3000-3500 setiap bulan dan amaun ini amatlah tinggi, membebankan kos operaai tahfiz ini. Kita dianjurkan untuk berjimat cermat, sesuai dengan sabda Rasulullah : Maksudnya: “ Tidak berganjak kedua-dua kaki seseorang dari tempat berdirinya di Mahkamah Tuhan pada hari Qiamat sehingga dia disoal tentang umurnya pada perkara apakah dia habiskan, tentang ilmunya untuk apakah dia gunakan, tentang harta bendanya dari manakah dia dapati dan ke mana dibelanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah dia susutkan kemudian dan kecergasannya”. (Al-Tirmizi) Maka dengan inilah cara kita untuk berjimat dalam perbelanjaan bulanan tahfiz ini. Ustaz perlukan kira-kira RM90,000 untuk pemasangan & selenggara seluruh sistem panel solar ini. Hasil kajian yang ustaz buat, sistem ini akan mampu menampung penjimatan penggunaan elektrik untuk 10 tahun dan lebih. Manafaat yang akan dibawa dengan sistem panel solar ini, ia akan membantu menurunkan bil elektrik sehingga 90%, yang mana dari sekitar RM3000 kepada RM300 sahaja! Bayangkan betapa jimatnya sistem panel solar ini, yang mana bajet yang digunakan sebelum ini untuk bil boleh disalurkan ke penambahbaikan modul pengajaran dan juga operasi tahfiz yang lain. Sekiranya kita telusuri lagi, sekiranya tuan puan yang budiman menyumbang RM300 bersama- sama 300 pendokong tahfiz yang lain, hanya perlukan RM3 sahaja sebulan untuk sepanjang 10 tahun yang akan datang. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian daripada tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya." (Surah Ibrahim, ayat 34) Maka dengan ini ustaz dengan rendah hati memohon kepada tuan puan yang sudi membantu kami demi menjayakan inisiatif sistem panel solar ini. Bayangkan rimbunan manafaat yang memayungi warga Tahfiz Baitul Musthofa atas budi baik tuan puan yang pemurah. Kami doakan asbab tindakan tuan puan menyumbang hari ini menjadi saksi timbangan amalan kebaikan di neraca Al Mizan kelak. Boleh juga Bank In ke akaun Tahfiz Baitul Mustofa di : CIMB Bank Maahad Tahfiz Al Quran Baitul Musthofa 8604072388



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
PAKEJ FIRDAUSI RM500
INFAQ BATU BATA & PASIR (RM30)
PAKEJ SAKINAH RM100
INFAQ FASILITI PELAJAR (RM30)
INFAQ PENDIDIKAN (RM30)
(PAKEJ RAHMAH) RM40
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN