Asalamualaikum Orang Baik, Subuh adalah waktu yang mulia untuk berinfaq. Apabila kita memulakan hari dengan berinfaq, insyaAllah ia akan membawa keberkatan sepanjang hari dan menjauhkan kita daripada bencana.
"Tidaklah seorang hamba memasuki waktu pagi melainkan dua malaikat turun, lalu salah seorang berdoa, 'Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang yang berinfaq,' dan yang satu lagi berdoa, 'Ya Allah, timpakanlah kehancuran kepada orang yang bakhil atau enggan berinfaq." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Untuk Infaq Subuh, Skrol hingga bawah!
Kenaikan harga barang pada kali ni telah memberi kesan kepada Kami untuk menyediakan makan minum untuk pelajar kerana ada di antara mereka yang kami taja sepenuhnya kerana tidak mampu untuk membayar yuran kerana tidak berkemampuan dan mereka tiada ibu ayah & penjaga.kami harap kami dapat teruskan beri makanan yang terbaik utk mereka
Bekalan makanan basah dan kering kami semakin berkurangan termasuk kekangan wang
Nabi ﷺ bersabda,
"Apabila manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga: yaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak saleh."
(Riwayat Muslim)
Dan yang lebih istimewa, makanan yang kita berikan ini sampai kepada penuntut-penuntut ilmu.
Yang setiap harinya diisi dengan mengulang-ulang serta menghafaz kalam-kalam Allah.
Belanjalah mereka makan minum semampu kita.
Seorang, dua orang dan seramai mungkin.
Kerana setiap ringgit itu, pasti dan pasti Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik daripada dunia dan seisinya.
BERSAMA, MARI KITA BINA LADANG PAHALA DI AKHIRAT KELAK.
Bagi kami di pihak madrasah, kami sedaya upaya menyediakan modul terbaik buat mereka menghafaz. Kami juga melihat usaha dan pemcapaian luar biasa dari anak-anak ini untuk keluar dari kesempitan hidup mereka.
Bantu Mereka Menjadi Pelajar Tahfiz Quran Yang Berjaya !!
SASARAN DAN JUMLAH KOS YANG DIPERLUKAN?
Kos keseluruhan operasi sebulan ialah RM40,000 termasuk makan dan minum pelajar, gaji tenaga pengajar, utiliti dan lain-lain.
Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah:
Terima kasih kami ucapkan kepada Tuan/Puan dermawan kerana sudi memberi sumbangan dana dan membantu memudahkan urusan para pelajar tahfiz disini untuk menghafal.
Mudah-mudahan dengan sumbangan ini Tuan/Puan dibukakan pintu rezeki, diampunkan dosa-dosa, diberikan kebahahagiaan abadi di dunia dan akhirat.
Makluman:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Billpliz, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada PAPADOM ACADEMY SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Billpliz.
3. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk tujuan kos operasi pengurusan, baikpulih dan pembangunan tahfiz.
4. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +6010-8355928 (Ustaz Wildan).