BARU USIA 5 TAHUN, KINI BERTARUNG NYAWA MELAWAN KANSER TAHAP 4
Aqra seorang anak yang aktif, cerdas dan suka bersukan, kini segalanya telah berubah....
INI KISAH ADIK AQRA - PEJUANG KANSER SARAF

Segala penderitaan Aqra bermula pada Oktober 2024, apabila demamnya tidak kebah dan matanya mula membengkak. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat ketumbuhan di antara mata dan otak serta di buah pinggang.
Sejak itu, Aqra terpaksa melalui pembedahan, kemoterapi (14 kali) dan kini baru selesai prosedur Bone Marrow Transplant (BMT). Kerap keluar masuk hospital, termasuk ditempatkan di PICU kerana komplikasi serius dan berat badan semakin merosot, rambut gugur, dan hilang selera makan.
.“Bantuan Anda Adalah Harapan Aqra Untuk Hidup
Seperti Kanak-Kanak Lain”
Setiap hari, ibu bapa Aqra melihat anak kecil mereka berjuang dengan penuh semangat walaupun tubuhnya semakin lemah.Bayangkan, di usia 5 tahun… Aqra sepatutnya berlari, bermain, dan belajar seperti kanak-kanak lain. Namun kini, hidupnya hanya dihabiskan dengan ubat, jarum, dan mesin perubatan.
Setiap sokongan anda Adalah harapan untuk Aqra terus bertahan
Dengan sokongan anda, kita boleh membantu Aqra mendapat rawatan yang sangat diperlukan.
- > Perbelanjaan Kemoterapi & Ubat Ubatan> Keperluan Asas Rawatan di Hospital> Kos-kos lain (Keperluan alatan perubatan, susu dan pampers)> Bill Hospital Tertunggak Berjumlah RM 50,000
Disclaimer
1) MyHeart telah mendapat persetujuan daripada pihak keluarga untuk membuka tabung kutipan pesakit.
2) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers.3) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit
4) Kos pembedahan akan dibayar terus kepada pihak hospital.

