Jantung Kecil Zara Aleeya (Bayi 8 bulan) perlu diselamatkan!
Dia kelihatan aktif… tapi jantungnya sedang lemah untuk teruskan berjuang...
Adik Zara Aleeya disahkan ada masalah jantung kongenital – lubang jantung (PDA)
Jantung Kecil Yang Terlalu Penat!
Zara telah melalui:
-
8 hari di ICU
-
3 minggu di PHDU
-
Hampir 2 bulan keluar masuk hospital
-
Bergantung kepada oksigen
-
Minum susu menggunakan tiub (Ryles Tube)
-
Nutrisi khas untuk terus bertahan
Berat badannya juga tidak naik seperti bayi lain:
-
Lahir: 2.6kg
-
Beratnya hanya naik sedikit dan kembali turun, tidak seperti bayi yang membesar dengan sihat.
-
Kini beratnya hanya 5.8kg pada usianya 8 bulan
Doktor mengesahkan:
Lubang jantung Zara membesar hampir 2 kali ganda.

Jika pembedahan tidak dilakukan segera, risikonya sangat besar:
-
Jantung semakin lemah
-
Pertumbuhan terbantut
-
Peluang untuk membesar seperti kanak-kanak lain semakin tipis
Pembedahan Yang Sangat Diperlukan!Selain pembedahan, Zara juga memerlukan keperluan sokongan harian untuk terus stabil:
- Ryles Tube – 30 pcs
- Susu khas & nutrisi (Carborie, Dutch Baby)
- MCT Oil
- Pampers
- Keperluan asas hospital & penjagaan rapi
Ini bukan kemahuan. Ini keperluan untuk hidup.

Zara bukan berjuang seorang diri. Keluarganya juga sedang diuji.
Dengan pendapatan ayahnya sebagai seorang nelayan hanya RM300 – RM1500 sebulan, bergantung cuaca
dan ibunya sebagai suri rumah, terpaksa kerja part-time di kedai makan dengan pendapatan sekitar RM50 – RM80 sehari,
semata-mata untuk tampung kos rawatan anak.
Selain itu, mereka juga mempunyai 4 orang anak lain yang masih kecil dan sihat. Bantuan zakat sedia ada hanya menampung sewa rumah. Permohonan bantuan khas untuk Zara masih belum diluluskan.
Harapan Seorang Ibu
“Biarlah anak saya ada peluang untuk hidup normal seperti kanak-kanak lain.”-Ibu Zara Aleeya
Anda Boleh Jadi Sebab Zara Terus Hidup!
Sokongan anda:
✅Nafas untuk jantung kecil ini terus bergerak normal
✅Harapan untuk sebuah keluarga kembali bangkit
✅Meringankan beban keluarga
✅Menjadi sebab seorang bayi membesar dengan senyuman, bukan bersama wayar dan tiub lagi
“Dan sesiapa yang menyelamatkan satu nyawa, maka seolah-olah dia telah menyelamatkan seluruh manusia.”(Surah Al-Maidah: 32)
