Hidap Jantung Berlubang,
Zara Aleeya - Bayi 8 bulan ini
perlu diselamatkan!
Tubuh kecil dan lesu… kerana jantungnya tidak seperti anak-anak normal lain...
Adik Zara Aleeya disahkan ada masalah jantung kongenital – lubang pada jantung (PDA)
Bahasa mudahnya, jantung Adik Zara berlubang.
Jantung Kecil Yang Terlalu Penat!
Adik Zara terpaksa bergantung kepada oksigen dan minum susu khas menggunakan tiub (Ryles Tube
Berat badannya juga tidak naik seperti bayi lain:
-
Lahir: 2.6kg
-
Beratnya hanya naik sedikit dan kembali turun, tidak seperti bayi yang membesar dengan sihat.
-
Kini beratnya hanya 5.8kg pada usianya 8 bulan
Doktor mengesahkan:
Lubang pada jantung Adik Zara membesar hampir 2 kali ganda.

Jika pembedahan tidak dilakukan segera, risikonya sangat besar:
-
Jantung semakin lemah
-
Pertumbuhan terbantut
-
Peluang untuk membesar seperti kanak-kanak lain semakin tipis
Pembedahan SEGERA dijalankan tetapi mereka terpaksa menanggung kos rawatan yang tertunggak sebanyak RM35,000.Bantuan dari orang ramai sangat diperlukan.
Selain bayaran kos pembedahan, Zara juga memerlukan keperluan sokongan harian lain untuk terus stabil:
- Ryles Tube – 30 pcs
- Susu khas & nutrisi (Carborie, Dutch Baby)
- MCT Oil
- Pampers
- Keperluan asas hospital & penjagaan rapi
- Kos pengangkutan ulang alik ke hospital.
Inilah keperluan untuk adik Zara tetap hidup normal seperti anak-anak lain.

Zara bukan berjuang seorang diri. Keluarganya juga sedang diuji.
Dengan pendapatan ayahnya sebagai seorang nelayan hanya RM300 – RM1500 sebulan, bergantung cuaca
dan ibunya sebagai suri rumah, terpaksa kerja part-time di kedai makan dengan pendapatan sekitar RM50 – RM80 sehari,
semata-mata untuk tampung kos rawatan anak.
Pendapatan mereka tidak mencukupi untuk menanggung semua kos dan keperluan lain.
Selain itu, mereka juga mempunyai 4 orang anak lain yang masih kecil dan sihat. Bantuan zakat sedia ada hanya menampung sewa rumah. Permohonan bantuan khas untuk Zara masih belum diluluskan.
Harapan Seorang Ibu
“Biarlah anak saya ada peluang untuk hidup normal seperti kanak-kanak lain.”- Puan Fazila , Ibu Zara Aleeya
Anda Boleh Jadi Asbab Adik Zara Terus Hidup!
Sokongan anda, memberi peluang untuk Adik Zara:
✅bernafas semula dengan normal tanpa perlu guna tiub oksigen lagi
✅ sembuh sesuai harapan untuk sebuah keluarga kembali bangkit
✅ ringankan beban keluarganya
✅dapat membesar dengan senyuman, bukan bersama wayar dan tiub lagi
“Dan sesiapa yang menyelamatkan satu nyawa, maka seolah-olah dia telah menyelamatkan seluruh manusia.”(Surah Al-Maidah: 32)
