Jantung Kecil Zara Aleeya (Bayi 8 bulan) perlu diselamatkan!


Dia kelihatan aktif… tapi jantungnya sedang lemah untuk teruskan berjuang...

Zara Aleeya dilahirkan seperti bayi lain.
Kandungan normal. Kelahirannya juga normal.

Tapi tiada siapa menyangka, di sebalik tangisannya yang perlahan, ada ujian besar yang sedang dihadapinya.

Sejak dari awal kelahiran, ibunya mula perasan sesuatu yang tidak kena.
Zara menangis tanpa henti, berpeluh, tubuhnya kelihatan keletihan.

Pada usia 44 hari, pemeriksaan di klinik kesihatan membawa kepada satu hakikat yang berat untuk diterima…

Adik Zara Aleeya disahkan ada masalah jantung kongenital – lubang jantung (PDA)


Jantung Kecil Yang Terlalu Penat!


Zara telah melalui:

  • 8 hari di ICU

  • 3 minggu di PHDU

  • Hampir 2 bulan keluar masuk hospital

  • Bergantung kepada oksigen

  • Minum susu menggunakan tiub (Ryles Tube)

  • Nutrisi khas untuk terus bertahan


Berat badannya juga tidak naik seperti bayi lain:

  • Lahir: 2.6kg

  • Beratnya hanya naik sedikit dan kembali turun, tidak seperti bayi yang membesar dengan sihat.

  • Kini beratnya hanya 5.8kg pada usianya 8 bulan


Doktor mengesahkan:

Lubang jantung Zara membesar hampir 2 kali ganda.


Jika pembedahan tidak dilakukan segera, risikonya sangat besar:

  • Jantung semakin lemah

  • Pertumbuhan terbantut

  • Peluang untuk membesar seperti kanak-kanak lain semakin tipis


    Pembedahan Yang Sangat Diperlukan!

    Selain pembedahan, Zara juga memerlukan keperluan sokongan harian untuk terus stabil:


    Keperluan Perubatan & Penjagaan:

      • Ryles Tube – 30 pcs
      • Susu khas & nutrisi (Carborie, Dutch Baby)
      • MCT Oil
      • Pampers
      • Keperluan asas hospital & penjagaan rapi


      Ini bukan kemahuan. Ini keperluan untuk hidup.



      Zara bukan berjuang seorang diri. Keluarganya juga sedang diuji.


      Dengan pendapatan ayahnya sebagai seorang nelayan hanya RM300 – RM1500 sebulan, bergantung cuaca

      dan ibunya sebagai suri rumah, terpaksa kerja part-time di kedai makan dengan pendapatan sekitar RM50 – RM80 sehari,

      semata-mata untuk tampung kos rawatan anak.


      Selain itu, mereka juga mempunyai 4 orang anak lain yang masih kecil dan sihat. Bantuan zakat sedia ada hanya menampung sewa rumah. Permohonan bantuan khas untuk Zara masih belum diluluskan.


      Harapan Seorang Ibu

        Ibunya tidak meminta kemewahan.
        Dia hanya berharap:

        “Biarlah anak saya ada peluang untuk hidup normal seperti kanak-kanak lain.”-Ibu Zara Aleeya

        Setiap hari berlalu adalah satu kebimbangan.
        Setiap tangisan Zara adalah doa yang tidak putus.

        Anda Boleh Jadi Sebab Zara Terus Hidup!

        Sokongan anda:

        ✅Nafas untuk jantung kecil ini terus bergerak normal

        ✅Harapan untuk sebuah keluarga kembali bangkit

        ✅Meringankan beban keluarga

        ✅Menjadi sebab seorang bayi membesar dengan senyuman, bukan bersama wayar dan tiub lagi


         Tiada jumlah yang kecil di sisi Allah. Setiap ringgit adalah nyawa yang diselamatkan.

        “Dan sesiapa yang menyelamatkan satu nyawa, maka seolah-olah dia telah menyelamatkan seluruh manusia.”
        (Surah Al-Maidah: 32)


        Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

        Ruangan yang wajib diisi

        BUTIRAN PEMBELIAN

        Produk Kuantiti Harga (RM)
        Kos Rawatan RM250/bahagian
        Kos Rawatan RM200/bahagian
        Kos Rawatan RM100/bahagian
        Kos Rawatan RM50/bahagian
        Seikhlas Hati
        Serendah RM30
        JUMLAH
        JUMLAH KESELURUHAN (RM)
        Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

        BUTIRAN PELANGGAN

        BUTIRAN PEMBAYARAN

        Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

        • Anda mesti memasukkan emel admin@inkindpays.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
        • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
        PenamaPERTUBUHAN KESIHATAN JANTUNG MALAYSIA (MYHEART)
        No. Akaun8603092023
        Buka CIMB Clicks