Mama, Zenia Penat…

Seorang Anak Kecil Kini Bertarung Nyawa Melawan Leukemia



Zenia binti Muhammad Amirunzakwan baru berusia 3 tahun. Pada usianya yang sepatutnya dipenuhi gelak tawa dan permainan, dia kini terlantar di hospital menjalani rawatan kemoterapi setiap minggu, dengan tubuh kecilnya penuh dengan wayar, jarum dan luka.

Zenia dilahirkan pada 28 Julai 2022 secara normal, tanpa sebarang komplikasi. Dia membesar sihat seperti kanak-kanak lain jarang sakit, aktif, dan ceria.

Namun awal tahun 2025, semuanya berubah secara drastik.


Simptom Awal Yang Menghancurkan Hati

Adik Zenia tiba-tiba menjadi lemah. Dia sering demam, kelihatan pucat, mudah lebam dan hilang selera makan. Dalam masa hanya seminggu, keadaannya menjadi terlalu lemah dan membimbangkan.


April 2025, Ibunya membawa Zenia ke hospital untuk pemeriksaan. Bacaan darah yang pelik dan saiz limpa yang membesar menjadi petanda awal sesuatu yang serius. Doktor kemudian sahkan:

Zenia menghidap leukemia (kanser darah).



Selepas disahkan sakit, adik Zenia dirujuk ke Hospital Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan pakar.
Namun sejak hari itu, kehidupan Zenia dan keluarganya berubah sepenuhnya:

Telah lebih 360 hari Zenia berulang-alik ke hospital

Menjalani rawatan kemoterapi 2 kali seminggu

Perlu masuk darah berkali-kali

Menjalani Bone Marrow Test sebanyak 2 kali

Perlukan Chemoport needle (RM30 setiap kali)

Kos rawatan kini telah mencecah lebih RM18,000

Masih dalam fasa M2 rawatan kemoterapi intensif (8 bulan kritikal)

Akan teruskan rawatan selama 2 tahun penuh, ikut protokol rawatan leukemia




Ibu Ayah Masih Muda,

Tapi Hati Mereka Kental Demi Anak

Ayah Zenia, Muhammad Amirunzakwan (28 tahun) dan ibu, Siti Syafiqah (25 tahun) tidak pernah menyangka anak yang mereka sambut sendiri di rumah akan diuji seberat ini.

“Kami tak ada pilihan… walaupun kos rawatan di PPUM lebih tinggi, yang penting nyawa anak kami dapat diselamatkan.”



Kini mereka bergantung sepenuhnya kepada sokongan orang ramai. Mereka tidak mampu hadapi semua ini sendirian.


Anda Adalah Harapan Buat Adik Zenia

Bayangkan si kecil Zenia, setiap minggu melalui rawatan menyakitkan tanpa mengerti sepenuhnya apa yang berlaku. Tapi dia terus bertahan, terus melawan… demi peluang untuk hidup.

Hari ini, anda boleh bantu meringankan beban keluarganya.



Pertolongan Anda,

Harapan Untuk Adik Zenia



Jangan biarkan Adik Zenia berjuang seorang diri.

Hulurkan tangan, hadiahkan harapan.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Pakej Tajaan Elektrik TNB RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN