Jangan biarkan sel kanser terus makan tubuh kecil ini !

Adik Zenia masih perlukan RM22,000 untuk tampung kos rawatan



Gambar waktu awal rawatan bulan Mei 2025

Bayangkan…

Pada usia yang sepatutnya dipenuhi gelak tawa dan permainan, adik Zenia kini terbaring di katil hospital saban hari dalam hidupnya.

Tubuh kecilnya dikelilingi jarum, wayar dan luka akibat rawatan kemoterapi.




Dilahirkan secara normal pada 28 Julai 2022, Zenia membesar sihat, ceria, dan jarang sakit. Tetapi segalanya berubah awal tahun 2025.

Segalanya bermula dengan tanda-tanda kecil yang menghancurkan hati seorang ibu apabila zenia tiba-tiba kelihatan pucat dan lemah, demam berulang, hilang selera makan dan lebam yang muncul tanpa sebab.

Ibunya segera membawanya ke hospital. Hasil pemeriksaan darah dan imbasan menunjukkan sesuatu yang tidak normal.
Hati mereka seakan terhenti apabila doktor mengesahkan:

 Zenia menghidap Leukemia (Kanser Darah).


Gambar semasa dirawat, perubahan pada tubuh badan akibat kimoterapi


Sejak saat itu, hidup Zenia dan keluarganya tidak lagi sama.

Anak kecil ini perlu sokongan kita:

◾ Menjalani rawatan kemoterapi 2 kali seminggu
◾ Perlu masuk darah berkali-kali
2 kali ujian bone marrow
◾ Menggunakan chemoport needle (RM30 setiap kali)
◾ Kos rawatan kini mencecah RM18,000 dan masih berjalan
◾ Dalam fasa M2 kemoterapi intensif (8 bulan kritikal)
◾ Rawatan dijangka berterusan sehingga 2 tahun penuh

Setiap minggu, tubuh kecil ini menanggung sakit yang tak terbayangkan. Tetapi Zenia tetap bertahan.

Dia tetap melawan, dengan senyuman kecil yang memberi kekuatan kepada ibu ayahnya


Gambar setelah beberapa kali menjalani kimoterapi

“Kami tak ada pilihan… walaupun kos rawatan di hospital lebih tinggi,
yang penting nyawa anak kami dapat diselamatkan.”


Ayah Zenia, Muhammad  Amirunzakwan (28 tahun) dan ibu, Siti Syafiqah (25 tahun) tidak pernah

menyangka anak yang mereka sambut sendiri di rumah akan diuji seberat ini.



Ibu ayahnya tidak minta lebih, mereka cuma mohon peluang untuk lihat anak kecil ini membesar sihat seperti kanak-kanak lain.



Kini mereka bergantung sepenuhnya kepada sokongan orang ramai. Mereka tidak mampu hadapi semua ini sendirian.  Bayangkan si kecil Zenia, setiap minggu melalui rawatan menyakitkan tanpa mengerti sepenuhnya apa yang  berlaku. Tapi dia terus bertahan, terus melawan… demi peluang untuk hidup.



Wahai hati yang penyayang,
hari ini anda boleh jadi sebahagian daripada penyelamat nyawa seorang anak kecil.


Adik Zenia masih perlukan RM22,000 untuk menampung kos rawatan.



Setiap sokongan dari anda – kecil atau besar – adalah cahaya harapan buat Zenia untuk terus hidup, terus tersenyum.

Kerana mungkin sokongan kita hari ini menjadi sebab Zenia dapat kembali berlari, bermain, dan membesar seperti kanak-kanak lain.


" Siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin di dunia, Allah akan melepaskan satu kesusahan daripadanya di Hari Kiamat ."
(Riwayat Muslim)


Disclaimer:

1)  MyHeart telah  mendapat persetujuan daripada pihak keluarga  untuk membuka tabung kutipan pesakit.
2) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit  dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di  Facebook @MyHeartVolunteers. 
3) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit  
4) Kos pembedahan akan dibayar terus kepada pihak hospital.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Kos Rawatan RM250/bahagian
Kos Rawatan RM200/bahagian
Kos Rawatan RM100/bahagian
Kos Rawatan RM50/bahagian
Serendah RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN