Tinggal satu peluang terakhir untuk Rabbiatul kembali melangkah!

Kos pembedahan hanya RM 25,980 diperlukan segera untuk pembedahan terakhir pada Disember 2025.


Dulunya Rabbiatul seorang gadis ceria. Tapi semuanya berubah sejak tahun 2021, ketika dia baru berusia 13 tahun...

Hari itu sepatutnya hari biasa..mandi sungai bersama rakan-rakan.
Namun dia terjatuh kecil, sehingga mengubah seluruh hidupnya...


Beberapa hari kemudian, dia mula rasa sakit di bahagian punggung.
Mulanya doktor kata tiada apa-apa, tapi sakit itu makin teruk…
Sampai satu hari, dia pengsan di sekolah dan terus dibawa ke klinik sebelum dibawa ke hospital.

Sejak hari itu, langkahnya terhenti.

Dari satu hospital ke satu hospital, akhirnya doktor mengesahkan —

sendi punggung Rabbiatul retak, terkeluar dari tempat asal, dan dijangkiti kuman serta nanah.



8 Kali Pembedahan. Tapi Dia Masih Tersenyum.

Sejak tahun 2022, Rabbiatul sudah keluar masuk dewan bedah lebih 8 kali.
Darah tumpah, nanah dibersihkan — tapi dia tetap kuat.

Kini, selepas bertahun-tahun di atas kerusi roda, Rabbiatul sudah mula belajar berjalan semula dengan tongkat.
Namun, untuk kembali berjalan seperti biasa, satu lagi pembedahan penting untuk memasukkan semula sendinya perlu dilakukan Disember ini.

Kos pembedahan: RM25,980.00



Keluarga Yang Tak Pernah Putus Harap

“Dulu dia ceria, suka ketawa. Sekarang cepat stres, tapi tetap nak cuba bangun walaupun dah jatuh banyak kali.”- Pn. Zuraida (ibu Rabbiatul)

Keluarga Rabbiatul kini menerima bantuan JKM sebanyak RM600 sebulan — cukup untuk makan harian, tapi tidak untuk kos rawatan besar seperti ini.
Dahulu, kos pembedahan dibiayai oleh ADUN, namun kini sumber bantuan itu tiada lagi.


Mari Jadi Asbab Rabbiatul Kembali Berdiri

Bayangkan senyumannya bila kaki itu kembali melangkah.

Bayangkan rasa syukur ibunya bila doa bertahun-tahun akhirnya terjawab.

Setiap RM10 yang kau hulurkan, mungkin jadi sebab dia boleh berjalan semula.


Setiap sokongan anda Adalah harapan Rabbiatul untuk boleh berjalan tanpa tongkat lagi..

    > Keperluan Asas Rawatan di Hospital
    > Kos-kos lain (Keperluan alatan perubatan)
    > Perbelanjaan Kos Pembedahan & Ubat Ubatan

    “Barang siapa melepaskan satu kesusahan seorang mukmin di dunia, Allah akan lepaskan kesusahannya pada hari kiamat.” 

    (Hadis Riwayat Muslim)


    • Disclaimer

      1)  MyHeart telah  mendapat persetujuan daripada pihak keluarga  untuk membuka tabung kutipan pesakit.


      2) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit  dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di  Facebook @MyHeartVolunteers.

    • 3) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit 

      4) Kos pembedahan akan dibayar terus kepada pihak hospital.


    Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

    Ruangan yang wajib diisi

    BUTIRAN PEMBELIAN

    Produk Kuantiti Harga (RM)
    Kos Rawatan RM250/bahagian
    Kos Rawatan RM200/bahagian
    Kos Rawatan RM100/bahagian
    Kos Rawatan RM50/bahagian
    Serendah RM30
    JUMLAH
    JUMLAH KESELURUHAN (RM)
    Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

    BUTIRAN PELANGGAN

    BUTIRAN PEMBAYARAN