MANFAATKAN JUMAAT TERAKHIR DALAM RAMADHAN KALI INI
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”
(Al-Baqarah 2:261)
"Sedekah inilah yang akan bantu kita di Padang Mahsyar"
Jom tuan puan, mari kita berfikir untuk menabung pahala buat bekal akhirat pula. Sedikit demi sedikit jika dilakukan dengan istiqomah pasti menghasilkan tuaian pahala yang berganda InshaAllah.
“Dan sekiranya mereka tetap istiqamah di atas jalan itu (agama Islam), niscaya Kami Akan mencurahkan air yang cukup kepada mereka.”
(Q.S Al-Jin: 16)
Ayuh, tuan puan, dengan sedikit infak yang tuan puan salurkan inilah yang akan menjadi penyelamat tuan puan di akhirat kelak, inshaAllah.
Harta di dunia ini takkan dibawa mati melainkan ia diinfakkan, maka ia bertukar menjadi nilaian pahala. Tuan puan akan TERKEJUT akan BANYAKNYA RIMBUNAN PAHALA ketika di akhirat kelak, inshaAllah.
Para pelajar disini mereka berusaha sebaik mungkin untuk menghabiskan hafalan mereka. Jadi, kami di pihak pengurusan berasa sangat wajar dan bertanggungjawab dalam memastikan anak-anak ini mendapat keperluan makanan di bulan Ramadhan ini dengan sedikit keistimewaan.
Maahad kami mempunyai sejumlah 20 orang pelajar tahfiz yang kurang berkemampuan. Tajaan pelajar ini akan merangkumi makanan untuk berbuka dan sahur
BAGAIMANA INGIN MENYUMBANG UNTUK PAHALA AKHIRAT?
Untuk memudahkan urusan anda menyumbang kami telah sediakan platform yang mudah dengan senarai pakej dibawah :
Hasil daripada makan minum mereka inilah yang akan membantu mereka untuk meneruskan hafalan serta pembelajaran mereka di maahad ini.
Selain itu, makan minum ini juga yang akan menjadi darah daging para pelajar tahfiz disini dan akan digunakan buat beribadah serta menyampaikan dakwah kepada masyarakat.
MashaAllah, untuk setiap kebaikan yang dilakukan akan mengalir pahala berterusan buat tuan puan.
Segala pertanyaan boleh terus hubungi kami di talian
Darul Ilmi As Syareef Centre
Jalan Desa Putera 43/KS 08, Pusat Perniagaan Desa Putera,
Jalan Kebun, Klang, Malaysia, 41200
Maklumat tambahan:
1. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway.
2. Sekiranya kutipan sudah mencukupi, lebihan akan digunakan untuk tujuan kos operasi pengurusan serta pembangunan pada masa hadapan.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +60134324263 (Wakil Pengurusan Darul Ilmi As Syareef Centre)