[TAHFIZ SERING DIMASUKI AIR APABILA HUJAN, DANA BAIK PULIH TAHFIZ DIPERLUKAN]
SEDEKAH JARIAH TUAN PUAN BOLEH MEMBANTU MENYELAMATKAN ANAK YATIM & ASNAF YANG MENGAJI AL QURAN DI SINI, DARI KEROSAKAN BANGUNAN YANG LEBIH TERUK
"Bangunan yang dibaik pulih belum siap sepenuhnya terpaksa kami guna untuk pengajian pelajar. Namun, kami terpaksa berdepan dengan air hujan yang masuk ke tempat solat kami hingga menyebabkan karpet tempat kami solat sering basah."

"Antara (tanda) kebahagiaan seseorang ialah rumah yang luas, jiran yang soleh dan kenderaan tunggangan yang elok."
Bayangkan dengan cuaca tak menentu, setiap kali hujan lebat air hujan pastinya akan masuk ke dalam surau tempat pelajar-pelajar tahfiz solat dan menghafal al-Quran serta membasahkan karpet kami.
Surau masih dalam fasa penambah baikkan, tetapi kami diuji dengan bumbung bocor dan bangunan belum lengkap dengan dinding disebabkan kami belum cukup bajet untuk menambah baik banggunan buat masa ini.
Beginilah nasib anak-anak tahfiz terpaksa bersiap sedia menadah dengan baldi dan membiarkan sehingga hujan berhenti. Karpet yang kami gunakan untuk solat pastinya akan basah dan perlu dikering bawah matahari setiap kali selepas hujan.
KAWASAN BILIK AIR YANG ROSAK AKIBAT ANGIN KENCANG
Ada kalanya apabila datangnya angin yang kuat, bumbung tercabut dan terbang sehingga ustaz perlu bertukang dan memperbaiki semula bumbung yang tercabut tersebut.
BAHAGIAN BUMBUNG YANG ROSAK
ADA JUGA KEPINGAN ZINK YANG DITERBANGKAN ANGIN KENCANG
Alangkah baiknya sekiranya kami dapat memberi keselesaan kepada para pelajar tahfiz dan mereka dapat hafal al-Quran dengan lancar.
Kami memerlukan bantuan daripada masyarakat untuk bersama kami membantu para pelajar tahfiz ini.
Dana diperlukan segera bagi membaik pulih bangunan dan bumbung tahfiz yang belum siap sepenuhnya ini!
PENAMBAHBAIKAN LANTAI SURAU/KELAS PENGAJIAN
SURAU/KELAS PENGAJIAN INI AKAN BANJIR SETIAP KALI HUJAN LEBAT, KERANA BUMBUNG YANG BOCOR
SEKIRANYA SELEPAS RIBUT, PELAJAR TERPAKSA MENGEMAS PERKARANGAN TAHFIZ
"Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui"
(Surah Al-Baqarah : 261)
Para pelajar disini mereka berusaha sebaik mungkin untuk menghabiskan hafalan dan pengajian kitab mereka. Jadi, kami di pihak pengurusan berasa sangat wajar dan bertanggungjawab dalam memastikan kemudahan-kemudahan yang ada disini terus ditambah baik agar dapat membantu para pelajar.
Ayuh, tuan puan, dengan sedikit infak yang tuan puan salurkan inilah yang akan menjadi penyelamat tuan puan di akhirat kelak, inshaAllah.
Harta di dunia ini takkan dibawa mati melainkan ia diinfakkan, maka ia bertukar menjadi nilaian pahala. Tuan puan akan TERKEJUT akan BANYAKNYA RIMBUNAN PAHALA ketika di akhirat kelak, inshaAllah.

PELAJAR INI HARAPKAN TAHFIZ YANG SELAMAT DAN SELESA
Pahala ganjaran berinfaq ini akan diperoleh untuk setiap pelajar yang mendapat pengajian disini, untuk setiap ilmu yang diajarkan serta didakwahkan dan untuk setiap amal yang dilakukan oleh pengajar mahupun pelajar.
dan pahala ini akan TERUS MENERUS MENGALIR untuk DITAMBAH ke akaun saham akhirat tuan puan, inshaAllah.
Dengan gandaan pahala begitu besar wajar sahaja pertolongan Allah akan turut serta seperti di dalam hadith di bawah :
"Allah akan menolong hambaNya selama hamba itu menolong saudaranya"
(Hadith Riwayat Imam Muslim)
BAGAIMANA INGIN MENYUMBANG UNTUK PAHALA AKHIRAT?
Anda boleh memilih mana-mana pakej seikhlas hati anda:
PAKEJ FIRDAUSI: RM 1,000
PAKEJ JANNAH: RM 500
PAKEJ SAKINAH : RM 300
PAKEJ IKHLAS : RM 100
PAKEJ IHSAN : RM 50
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:
CIMB Bank
Pondok Hidayatul Ulum
8602858639
Terima kasih kami ucapkan kepada Tuan Puan dermawan kerana sudi memberi sumbangan dana dan membantu melancarkan sesi pembelajaran anak-anak tahfiz ini.
Kami doakan agar kehidupan tuan puan ini dirahmati dan diberkati Allah SWT. Semoga hasil sumbangan tuan puan ini bakal melahirkan para hafiz &hafizah yang berjaya di dunia dan akhirat. Aamin ya Rabbal Alamin.
Makluman:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Billpliz, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada PAPADOM ACADEMY SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Billpliz.
3. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk tujuan kos operasi pengurusan, baikpulih dan pembangunan tahfiz