Animated Progress Bar

Wakaf Madrasah Al-Huffaz Wal-Ulum

RM552,055 Sudah Terkumpul, RM247,945 Lagi Diperlukan




Kenapa Madrasah Tahfiz Huffaz Wal Ulum Perlu Dibangunkan?


1) Kos Sewa Bangunan



Untuk pengetahuan kalian, Madrasah al-Huffaz wal-Ulum ini mempunyai ratusan pelajar yang sedang berada di peringkat pengajian al-Quran serta pengajian kitab.


Bagi menyediakan tempat tinggal serta kelas yang kondusif untuk semua pelajar, pihak pengurusan menyewa 4 bangunan di lokasi yang berbeza untuk menempatkan mereka.


Dan setiap tahun kos sewaan ini semakin meningkat dan membebankan!


2) Kerosakan Infrastruktur Sedia Ada




Sebahagian daripada bangunan yang disewa ini adalah bangunan lama yang tidak diselenggara dengan baik oleh penyewa sebelum ini.


Disebabkan itu, pihak madrasah terpaksa mewarisi sebahagian daripada kerosakan serta keuzuran infrastruktur mereka.


Ini menyebabkan kos untuk menanggung kos membaik-pulih setiap bulan berulang-ulang dan turut membebankan pihak madrasah.


3) Fasiliti yang terhad




Disebabkan bangunan yang disewa ini dibina bukan dengan tujuan sebagai madrasah, pelbagai kemudahan tidak dapat diwujudkan untuk keselesaan para pelajar disini.

Dengan siapnya bangunan madrasah baru ini, pelbagai fasiliti serta kemudahan yang diperlukan para pelajar dapat kita sediakan buat mereka.



Bagaimana Kemajuan Projek Pembinaan Madrasah Ini?



Setakat hari ini, progress pembinaan madrasah ini telah siap hampir 70% daripada perancangan awal. Pihak pengurusan serta kontraktor terlibat telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan projek ini dapat disiapkan menurut garis masa seperti dijangkakan.

Mudah-mudahan madrasah ini sempat siap sebelum pengambilan pelajar baru pada tahun hadapan.

Dalam surah Ali-Imran (3:92), Allah berfirman: 

"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi."

Mudah-mudahan setiap sen yang kita keluarkan untuk berwakaf membina madrasah ini, menjadi saksi ketika amalan kita ditimbang nanti.

Amiin!

MADRASAH AL-HUFFAZ WAL- ULUM LIL BANAT (MAHWU)

MAYBANK  

5628 4352 4705


Makluman:

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Billpliz, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada Papadom Academy Sdn Bhd . Papadom Academy  merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.

2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Billpliz.

3. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk tujuan kos operasi pengurusan.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
PAKEJ FIRDAUSI RM500
INFAQ BATU BATA & PASIR (RM30)
PAKEJ SAKINAH RM100
INFAQ FASILITI PELAJAR (RM30)
(PAKEJ RAHMAH) RM40
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

InKindPays
admin@inkindpays.com