HUD, BAYI 1 TAHUN 8 BULAN DERITA PENYAKIT MISTERI

Hingga kini bayi ini terus menderita tanpa tahu apa penyakit sebenar


39 Hari di NICU, Penuh Dengan Air Mata

Sebaik Hud dilahirkan secara emergency caesar — jantungnya lemah, tubuhnya membiru, dan dia langsung tidak menangis. Hud terus dikejarkan ke NICU.Hari demi hari… pelbagai berita yang menyakitkan terus datang.

“Hud ada sindrom… tapi kami belum dapat sahkan jenisnya.”

“Hud ada lubang di jantung…”

“Hud juga ada laryngomalacia – saluran pernafasannya lemah…”

Hud ditidurkan selama 9 hari, dan selepas itu perlu bergantung kepada oksigen selama sebulan. Keseluruhan tempoh di NICU – 39 hari. 2 hari selepas lahir, Hud disahkan menghidap meningitis dan perlu lalui prosedur cucuk air tulang belakang serta suntikan antibiotik kuat.

Bila usia masuk 3 bulan, scan di kepala mengesan cecair yang luar biasa – perlu buat MRI, namun terpaksa ditangguh berkali-kali kerana kesihatan Hud tidak stabil setiap kali tiba tarikh temu janji.

Dan yang paling menyayat hati…

Hud masih belum dapat angkat kepala sendiri…

Masih tak boleh meniarap, duduk, atau berdiri…

Dan… mungkin Hud tidak dapat melihat langsung.

Ketika ini, Hud masih menunggu tarikh ujian genetik di Hospital Kuala Lumpur untuk mengesan apakah sindrom sebenar yang dialaminya.

Dr masih tidak dapat sahkan. Tapi mereka mula risau kemungkinan Hud juga mengalami masalah penglihatan. Bila dipanggil dan ditunjuk mainan pun tiada respon 

Kini Hud seperti pesakit bedridden.

Beratnya hanya 7.4kg walaupun sudah berusia lebih setahun.
Dia kerap jatuh sakit, perlu kerap ke hospital. Kahak tebal menyebabkan dia sukar bernafas dan keluarga disarankan untuk beli mesin penyedut kahak sendiri.



"Derita Baby Hud: 9 Masalah Kesihatan Serius Sejak Lahir"
Baby Hud perlu lakukan ujian genetik demi kenal pasti punca derita sejak lahir


Laryngomalacia – Saluran pernafasan sempit, sukar bernafas & kahak banyak.

Jantung berlubang – Sejak lahir.

Mild syndrome (tidak dikenal pasti) – Doktor masih siasat.

Meningitis – Jangkitan otak selepas lahir.

Hilang pendengaran (Bilateral Hearing Loss) – Guna hearing aid sejak 4 bulan.

Masalah penglihatan – Tiada respon bila ditunjuk objek/mainan.

Lambat perkembangan fizikal – Tak boleh meniarap, angkat kepala, duduk atau berdiri.


Berat badan Tak Normal – Hanya 7.4kg di usia 1 tahun 8 bulan.

Bergantung pada Ryles Tube – Tak boleh makan/minum seperti biasa.

*Ujian genetik diperlukan untuk mengesan punca sebenar segala simptom dan menentukan rawatan yang tepat.




HUD TAK BOLEH TUNGGU LAGI!


Cukupkan kos ujian pemeriksaan dan keperluan Hud. Hud tak boleh tangguhkan lagi tarikh ujian ini.   Hud  berisiko besar mengalami masalah kesihatan lain jika rawatan ini tidak dilakukan secepat mungkin.


 KEPERLUAN HUD RM12,000


Keperluan rawatan (RM7,000+-)

Genetik test, tiub, lampin, rawatan lain

Katil hospital bayi (RM2,000+-)

Susu khas (RM1,800)

Mesin sedut kahak (RM1,200+-)


Mampu atau tidak, mereka perlu dapatkan jumlah tersebut bagi menyelamatkan nyawa putera bongsu mereka.


Masih ada lagi ke #JiwaBaik di luar sana yang sudi ringankan beban mereka?



Allah menjanjikan keberkatan kepada orang yang membantu mereka yang memerlukan, termasuk orang sakit. Ini boleh datang dalam bentuk kesihatan yang baik, rezeki yang lancar, dan ketenangan hati.

Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa meringankan kesulitan seorang mukmin di dunia, Allah akan meringankan kesulitannya di dunia dan akhirat. Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesusahan, Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat."
(Riwayat Muslim)

Kita mungkin tidak dapat mengubah takdir tetapi kita mampu menjadi asbab untuk meringankan beban yang mereka tanggung.



Disclaimer:

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Billpliz, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada PAPADOM ACADEMY SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.

2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Billpliz.

3) MyHeart telah mendapat persetujuan daripada pihak keluarga untuk membuka tabung kutipan pesakit.

4) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers. 

5) Kos rawatan akan dibayar terus kepada pihak hospital.

6) Kos keperluan pesakit sudah termasuk kos pengurusan dan penghantaran barangan kepada pesakit.

*Kos pengurusan amat penting bagi memastikan dana keperluan pesakit tidak terjejas. Tanpa sokongan ini, sebahagian dana pesakit terpaksa digunakan untuk menampung kos pengurusan dan pelaksanaan bantuan.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Taja Makan & Minum Pelajar ( RM30/ RM40/ RM50/ RM100 - RM 500 )
Bil Air & Elektrik ( RM30/ RM40/ RM50/ RM100 - RM 500 )
Program dan Aktiviti Luar Pelajar ( RM30/ RM40/ RM50/ RM100 - RM 500 )
Utiliti dan Saguhati Guru ( RM30/ RM40/ RM50/ RM100 - RM 500 )
Naiktaraf dan Penambahbaikkan Madrasah ( RM30/ RM40/ RM50/ RM100 - RM 500 )
Pakej Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN