Tragedy Kebakaran Besar Sandakan

Kini 8,000 Penduduk Tinggal Sehelai Sepinggang!



Tragedi kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan yang menyebabkan 1,000 rumah hangus dijilat api dan 8,000 penduduk hilang tempat berteduh dan kini tinggal sehelai sepinggang.
Dalam sekelip mata, ramai keluarga kehilangan segalanya.

Majoriti penduduk di kawasan ini hanyalah:

>Nelayan kecil
>Buruh harian
>Pekerja kampung dan kerja tidak tetap
>Peniaga kecil-kecilan

Mereka hidup dengan pendapatan yang cukup-cukup untuk meneruskan kehidupan harian.
Namun apabila kebakaran berlaku, mereka bukan sekadar kehilangan rumah…tetapi turut kehilangan:

>Tempat tinggal
>Simpanan makanan
>Dapur untuk memasak
>Pakaian harian
>Dokumen penting

>Hari ini, ramai mangsa terpaksa tidur dalam keadaan serba kekurangan.
>Anak-anak kecil menangis ketakutan.
>Warga emas hilang tempat bergantung.
>Para ibu pula buntu memikirkan bagaimana mahu menyediakan makanan untuk keluarga mereka.



Kita mungkin tidak mampu menghapuskan seluruh kesedihan mereka…
tetapi kita masih mampu menjadi sebab mereka terus kuat untuk bertahan.

Jangan hanya melihat penderitaan ini dari jauh.
Saat ini mereka benar-benar memerlukan bantuan segera daripada kita semua.

Ayuh hulurkan bantuan semampu yang boleh.
Setiap sumbangan anda mampu meringankan beban mangsa yang sedang berjuang untuk memulakan hidup semula selepas kehilangan segalanya.

Bantu mereka hari ini sebelum keadaan menjadi lebih sukar.



“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin di dunia, Allah akan melepaskan satu kesusahannya pada hari kiamat.”

(Riwayat Muslim)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Bantuan Bencana RM 30
Bantuan Bencana RM 40
Bantuan Bencana RM 50
Bantuan Bencana RM 100
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN