GANJARAN BERLIPAT GANDA PAHALA BERSEDEKAH DI BULAN RAMADHAN BERSAMA ANAK-ANAK TAHFIZ


" Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui” 

(Surah Al-Baqarah : 261)




Kami di Maahad Tahfiz Fathul Ulum mencari insan dermawan yang baik hati bagi bersama kami menyumbang kepada anak-anak tahfiz untuk perbelanjaan makan minum iftar dan sahur di bulan Ramadhan ini.


Sedang kita bersenang dengan rezeki yang Allah berikan, jangan kita lupa untuk berkongsi bersama anak-anak yang sedang memperjuangkan Al-Quran ini.


Mungkin mereka tidak pernah meluahkan keinginan mereka untuk menikmati makanan yang lebih enak di bulan Ramadhan ini, tetapi kita sebagai suadara seagama mereka haruslah sedar dan alangkah indahnya jika kita sama-sama tingkatkan nilai untuk berkongsi nikmat dan rezeki dengan anak-anak hafiz hafizah Al-Quran ini.



Para pelajar disini mereka berusaha sebaik mungkin untuk menghabiskan hafalan mereka. Jadi, kami di pihak pengurusan berasa sangat wajar dan bertanggungjawab dalam memastikan kemudahan-kemudahan yang ada disini terus ditambah baik agar dapat membantu para pelajar. 



Ayuh, tuan puan, dengan sedikit infak yang tuan puan salurkan inilah yang akan menjadi penyelamat tuan puan di akhirat kelak, inshaAllah.


Harta di dunia ini takkan dibawa mati melainkan ia diinfakkan, maka ia bertukar menjadi nilaian pahala. Tuan puan akan TERKEJUT akan BANYAKNYA RIMBUNAN PAHALA ketika di akhirat kelak, inshaAllah.



Pahala ganjaran berinfak ini akan diperoleh untuk setiap pelajar yang mendapat pengajian disini, untuk setiap ilmu yang diajarkan serta didakwahkan dan untuk setiap amal yang dilakukan oleh pengajar mahupun pelajar. 


dan pahala ini akan TERUS MENERUS MENGALIR untuk DITAMBAH ke akaun saham akhirat tuan puan, inshaAllah. 


Dengan gandaan pahala begitu besar wajar sahaja pertolongan Allah akan turut serta seperti di dalam hadith di bawah :

"Allah akan menolong hambaNya selama hamba itu menolong saudaranya"

(Hadith Riwayat Imam Muslim)


BAGAIMANA INGIN MENYUMBANG UNTUK PAHALA AKHIRAT?

Anda boleh memilih mana-mana pakej seikhlas hati anda:


“Pelaburan Saham Akhirat, Walau Sekali Berinfaq, Pahala Mengalir Berpanjangan” 


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Tajaan Iftar 25 pelajar RM500
Tajaan Iftar 15 pelajar RM300
Tajaan Iftar 5 pelajar RM100
Sahaja aku memberi makan kerana Allah Ta'ala RM50
Sumbangan Ikhlas RM40
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

InKindPays
admin@inkindpays.com