Tukaran Nilai Harta kepada Nilai Pahala
Infak Penambahbaik Bangunan Tahfiz
“Bangunan berusia lebih 10 tahun dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar tahfiz. Keselamatan mereka agak membahayakan, kerana pagar rosak. Khuatir anjing masuk dan sebagainya di kawasan Madrasah.
(kawasan yang memerlukan penambahbaikan pagar)
" Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”
(Surah Al-Baqarah : 261)
Kami di Maahad Tahfiz Fathul Ulum memohon sumbangan dana dari tuan puan sebanyak RM15,000 untuk tujuan pembinaan bumbung untuk laluan pelajar ke tempat basuh baju, wuduk dan ampaian untuk kesihatan dan keselasaan para pelajar di sini.
Alhamdulillah, telah banyak juga sumbangan yang kami terima dan telah kami gunakan untuk memperbaiki bangunan tahfiz sebelum ini.
Antaranya adalah pembelian almari baru yang lebih berkualiti menggantikan almari-almari yang telah pecah, pemasangan awning, pemasangan mozek dan pemasangan alat penghawa dingin di bangunan pelajar.
“Ustaz, alhamdulillah kami rasa lebih mudah untuk fokus dalam menghafal dalam keadaan yang sebegini. Almari tu juga, alhamdulillah bila dah tukar takde lagi barang-barang yang hilang/atau pun rosak diserang serangga-serangga yang ada disini”
Para pelajar disini mereka berusaha sebaik mungkin untuk menghabiskan hafalan mereka. Jadi, kami di pihak pengurusan berasa sangat wajar dan bertanggungjawab dalam memastikan kemudahan-kemudahan yang ada disini terus ditambah baik agar dapat membantu para pelajar.
Ayuh, tuan puan, dengan sedikit infak yang tuan puan salurkan inilah yang akan menjadi penyelamat tuan puan di akhirat kelak, inshaAllah.
Harta di dunia ini takkan dibawa mati melainkan ia diinfakkan, maka ia bertukar menjadi nilaian pahala. Tuan puan akan TERKEJUT akan BANYAKNYA RIMBUNAN PAHALA ketika di akhirat kelak, inshaAllah.
BAGAIMANA INGIN MENYUMBANG UNTUK PAHALA AKHIRAT?
Anda boleh memilih mana-mana pakej seikhlas hati anda:
PAKEJ A – RM500
PAKEJ B – RM300
PAKEJ C – RM150
PAKEJ D – RM50
“Pelaburan Saham Akhirat, Walau Sekali Berinfaq, Pahala Mengalir Berpanjangan”