Tukaran Nilai Harta kepada Nilai Pahala

Infak Penambahbaik Bangunan Tahfiz



“Bangunan berusia lebih 10 tahun dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar tahfiz. Mereka terpaksa meredah panas dan hujan untuk ke tempat basuh baju, wuduk dan ampaian. Bumbung diperlukan untuk kemudahan para pelajar.



(kawasan yang memerlukan pembinaan bumbung)


" Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui” 

(Surah Al-Baqarah : 261)


Kami di Maahad Tahfiz Fathul Ulum memohon sumbangan dana dari tuan puan sebanyak RM15,000 untuk tujuan pembinaan bumbung untuk laluan pelajar ke tempat basuh baju, wuduk dan ampaian untuk kesihatan dan keselasaan para pelajar di sini.


Alhamdulillah, telah banyak juga sumbangan yang kami terima dan telah kami gunakan untuk memperbaiki bangunan tahfiz sebelum ini.


Antaranya adalah pembelian almari baru yang lebih berkualiti menggantikan almari-almari yang telah pecah, pemasangan awning, pemasangan mozek dan pemasangan alat penghawa dingin di bangunan pelajar. 


 

“Ustaz, alhamdulillah kami rasa lebih mudah untuk fokus dalam menghafal dalam keadaan yang sebegini. Almari tu juga, alhamdulillah bila dah tukar takde lagi barang-barang yang hilang/atau pun rosak diserang serangga-serangga yang ada disini”



Para pelajar disini mereka berusaha sebaik mungkin untuk menghabiskan hafalan mereka. Jadi, kami di pihak pengurusan berasa sangat wajar dan bertanggungjawab dalam memastikan kemudahan-kemudahan yang ada disini terus ditambah baik agar dapat membantu para pelajar. 




Ayuh, tuan puan, dengan sedikit infak yang tuan puan salurkan inilah yang akan menjadi penyelamat tuan puan di akhirat kelak, inshaAllah.


Harta di dunia ini takkan dibawa mati melainkan ia diinfakkan, maka ia bertukar menjadi nilaian pahala. Tuan puan akan TERKEJUT akan BANYAKNYA RIMBUNAN PAHALA ketika di akhirat kelak, inshaAllah.



FASA PEMBAIKAN DAN DANA YANG DIPERLUKAN

FASA 4

Pembinaan bumbung untuk laluan pelajar : RM15,000




Pahala ganjaran berinfak ini akan diperoleh untuk setiap pelajar yang mendapat pengajian disini, untuk setiap ilmu yang diajarkan serta didakwahkan dan untuk setiap amal yang dilakukan oleh pengajar mahupun pelajar. 


dan pahala ini akan TERUS MENERUS MENGALIR untuk DITAMBAH ke akaun saham akhirat tuan puan, inshaAllah. 


Dengan gandaan pahala begitu besar wajar sahaja pertolongan Allah akan turut serta seperti di dalam hadith di bawah :

"Allah akan menolong hambaNya selama hamba itu menolong saudaranya"

(Hadith Riwayat Imam Muslim)



BAGAIMANA INGIN MENYUMBANG UNTUK PAHALA AKHIRAT?

Anda boleh memilih mana-mana pakej seikhlas hati anda:


PAKEJ A – RM500

PAKEJ B – RM300

PAKEJ C – RM150

PAKEJ D – RM50 

PAKEJ SEIKHLAS HATI 2 - RM10

PAKEJ SEIKHLAS HATI 1 - RM5


“Pelaburan Saham Akhirat, Walau Sekali Berinfaq, Pahala Mengalir Berpanjangan” 


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
PAKEJ A RM500
PAKEJ B RM200
PAKEJ C RM100
PAKEJ D RM50
Seikhlas Hati - RM10 HABIS STOK
Seikhlas Hati 1- RM5
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

InKindPays
admin@inkindpays.com