BANTU TAMPUNG PERBELANJAAN PELAJAR ASNAF DAN YATIM
MADRASAH TAHFIZ FATHUL ULUM, BUTTERWORTH, PULAU PINANG
Adakalanya makan minum sehari terpaksa berkongsi sebiji telur bersama 3-4 orang
"Keluarkanlah sedekah, kerana sedekah itu membebaskan dari api neraka"
(HR Ath-Thabrani)
INILAH WAJAH ANAK-ANAK TAHFIZ YANG ANDA AKAN BANTU UNTUK MENERUSKAN PENGAJIAN AGAMA MEREKA
Pada masa ini, kami menampung seramai 20 orang pelajar, diiringi oleh 5 orang tenaga pengajar. Di sini, pelajar dilatih untuk mengafaz Al-Quran dan melengkapkan syahadah mereka dengan modul khas yang diajarkan. Alhamdulillah, beratus pelajar sebelum ini telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran.
Keadaan mereka sangatlah serba kekurangan, makan minum sehari terpaksa berkongsi sebiji telur atau apa sahaja lauk berkongsi bersama 3-4 orang . Tidak termasuk lagi dengan bil air, elektrik dan keperluan guru-guru dan lain-lain.
Sedih, hati kami sayu. Kami betul-betul ingin bantu golongan yang tidak mampu untuk mendapat pendidikan tahfiz yang sempurna.
Kami buka untuk sesiapa yang berminat mendapat pahala anak tahfiz mengalir untuknya, mari sama-sama bantu.
Tujuan kami bukan untuk membuat keuntungan tetapi membantu mereka yang terbiar & tidak mampu membayar yuran pembelajaran untuk belajar di tahfiz.
Pada masa ini, Dalam 40 pelajar hanya 5% di antara mereka yang mampu untuk membayar yuran. Selebihnya, terdiri daripada:
- Anak Yatim
- Pelajar Asnaf
- Fakir Miskin Yang Sangat Memerlukan Bantuan
Itulah apa yang dihadapi oleh kami disebabkan ibu bapa memang tidak mampu untuk membayar yuran sekolah anak mereka sejak awal PKP dilaksanakan . Antara kesan yang dialami Madrasah adalah seperti berikut :
• Bajet makanan terpaksa dihadkan cuma RM5-10 sehari untuk setiap para pelajar
• Cikgu-cikgu di maahad bekerja tanpa gaji kerana tidak dapat membayar gaji mereka
Oleh sebab kesan-kesan yang berlaku ini, kami hampir-hampir menangguh madrasah secara keseluruhan. Namun, kami kasihankan para pelajar yang bakal kehilangan sekolah dan guru –guru yang bakal kehilangan tempat kerja.
PAKEJ SAKINAH - RM300
PAKEJ IKHLAS - RM100

Ayuh, tuan puan, letakkan hati tuan puan di tempat mereka, mereka adalah anak-anak muda yang selayaknya menerima pendidikan yang sewajarnya untuk kemudiannya membesar menjadi pejuang agama.
Penafian:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Billpliz, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada PAPADOM ACADEMY SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Billpliz.
3. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk tujuan kos operasi pengurusan, baikpulih dan pembangunan tahfiz.