KAMI AMAT MEMERLUKAN TAJAAN MAKANAN MINUM UNTUK
PELAJAR ASNAF & ANAK YATIM TAHFIZ FATHUL ULUM,
PULAU PINANG
Itulah apa yang berlaku di Madrasah Tahfiz Fathul Ulum,Butterworth,Penang sejak kenaikan harga barang dan PKP dilaksanakan di negara kita. Dari satu sisi dilihat ramai yang hilang pekerjaan dan pedapatan akibat pandemic Covid-19, akan tetapi kami di madrasah ini juga menerima kesan secara tak langsung apabila ibu bapa merayu akan penangguhan pembayaran yuran anak-anak mereka sehingga hari ini (2023)
Pada masa ini, kami menampung seramai 20 orang pelajar, diiringi oleh 5 orang tenaga pengajar. Di sini, pelajar dilatih untuk mengafaz Al-Quran dan melengkapkan syahadah mereka dengan modul khas yang diajarkan. Alhamdulillah, beratus pelajar sebelum ini telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran.
Ada Pelajar Yang Tidak Mampu Membayar Yuran
Pada masa ini, Dalam 40 pelajar hanya 5% di antara mereka yang mampu untuk membayar yuran. Selebihnya, terdiri daripada:
- Anak Yatim
- Family Asnaf &B40
- Fakir Miskin Yang Sangat Memerlukan Bantuan
Itulah apa yang dihadapi oleh kami disebabkan ibu bapa memang tidak mampu untuk membayar yuran sekolah anak mereka sejak awal PKP dilaksanakan . Antara kesan yang dialami Madrasah adalah seperti berikut :
• Bajet makanan terpaksa dihadkan cuma RM5-10 sehari untuk setiap para pelajar
• Cikgu-cikgu di maahad bekerja tanpa gaji kerana tidak dapat membayar gaji mereka
Oleh sebab kesan-kesan yang berlaku ini, kami hampir-hampir menangguh madrasah secara keseluruhan. Namun, kami kasihankan para pelajar yang bakal kehilangan sekolah dan guru –guru yang bakal kehilangan tempat kerja.
"Keluarkanlah sedekah, kerana sedekah itu membebaskan dari api neraka"
(HR Ath-Thabrani)
Oleh itu, kami memohon ehsan serta sumbangan Tuan/Puan untuk membantu meringankan serba sedikit beban kos operasi Madrasah Tahfiz Fathul Ulum agar kami dapat terus membantu anak-anak ini keluar dari kesempitan hidup mereka dan menggapai masa hadapan yang lebih cerah.
MARI KITA BINA LADANG PAHALA DI AKHIRAT KELAK.
Bagi kami di pihak madrasah, kami sedaya upaya menyediakan modul terbaik buat mereka menghafaz. Kami juga melihat usaha dan pemcapaian luar biasa dari anak-anak ini untuk keluar dari kesempitan hidup mereka.
Marilah tuan puan, mengumpul saham akhirat bersama-sama kami dalam usaha melahirkan generasi celik Al-Quran dan pendidik generasi akan datang.
PAKEJ SAKINAH - RM300
PAKEJ IKHLAS - RM100
PAKEJ IHSAN - RM50
Asbab tajaan Tuan/Puan ini dengan amalan yang amat digalakkan oleh Rasulullah ﷺ ini.Moga pahalanya akan terus mengalir kepada kita sehingga ke hari akhirat kelak.
Fathul Ulum, Taman Bagan Jermal | Jalan Kg Gajah 12200 Butterworth | 017-3144848
Penafian:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Billpliz, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada PAPADOM ACADEMY SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Billpliz.
3. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk tujuan kos operasi pengurusan, baikpulih dan pembangunan tahfiz.