[REALISASIKAN IMPIAN HAJAH ASMAH BERSAMA ARWAH ADIK-BERADIKNYA UNTUK MEMBANGUNKAN TAHFIZ DI ATAS TANAH WAKAF MEREKA]
“4 Tahun mencari untuk dirikan Maahad Tahfiz atas namanya dan 3 beradik lain yang telah meninggal.”
"Siapa yang membangun rumah ibadah kerana Allah walaupun hanya selubang tempat burung bertelur atau lebih kecil, maka Allah bangunkan baginya (rumah) seperti itu pula disyurga"
(HR Ibnu Majah no.738)
KENAPA PERLU MENYUMBANG BUAT KOMPLEKS ISLAM MAAHAD TAHFIZ HIDAYATUL ULUM ?
Maahad Tahfiz Hidayatul Ulum (MTHU) telah beroperasi selama 10 Tahun dan mempunyai 2 cawangan sedia ada di Pulau Pinang.
Dengan pengalaman yang telah tersedia Ustaz Muhammad Amirul, Pengasas MTHU, bersetuju untuk bangunkan satu lagi pusat tahfiz di Kuala Kurau, Perak.
Iaitu tanah hasil wakaf makcik Asmah dan arwah 3 beradiknya yang mempunyai keluasan sebesar 3 ekar ½.
Keistimewaan MTHU di bakal didirikan ini, selain melahirkan pelajar-pelajar yang cilik dan hafaz Al-Quran, MTHU juga mensasarkan untuk berikan pengajian agama buat warga emas dan menyediakan asrama KHAS buat mereka di sini.
Ini adalah hasil permintaan yang tinggi daripada masyarakat setempat termasuk Makcik Asmah sendiri. MTHU berhasrat agar dapat dirikan Kompleks Pendidikan Islam di sini agar sinar Islam yang disebarkan lebih menyeluruh buat semua lapisan masyarakat.
Seramai 10 orang pelajar telah sedia untuk mendaftar sebagai pelajar tahfiz disini. InshaAllah kami merancang untuk berikan kelas pengajian SECARA PERCUMA buat orang-orang tua dan anak-anak yatim serta asnaf.

FASA 3 – Kelas-kelas Pengajian
FASA 4 – Dewan Serbaguna


Makluman:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Billpliz, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada PAPADOM ACADEMY SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Billpliz.
3. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk tujuan kos operasi pengurusan, baikpulih dan pembangunan tahfiz.