[REALISASIKAN IMPIAN HAJAH ASMAH BERSAMA ARWAH ADIK-BERADIKNYA UNTUK MEMBANGUNKAN TAHFIZ DI ATAS TANAH WAKAF MEREKA]



“4 Tahun mencari untuk dirikan Maahad Tahfiz atas namanya dan 3 beradik lain yang telah meninggal.”




"Siapa yang membangun rumah ibadah kerana Allah walaupun hanya selubang tempat burung bertelur atau lebih kecil, maka Allah bangunkan baginya (rumah) seperti itu pula disyurga"

(HR Ibnu Majah no.738)


KENAPA PERLU MENYUMBANG BUAT KOMPLEKS ISLAM MAAHAD TAHFIZ HIDAYATUL ULUM ?

Maahad Tahfiz Hidayatul Ulum (MTHU) telah beroperasi selama 10 Tahun dan mempunyai 2 cawangan sedia ada di Pulau Pinang.


Dengan pengalaman yang telah tersedia Ustaz Muhammad Amirul, Pengasas MTHU, bersetuju untuk bangunkan satu lagi pusat tahfiz di Kuala Kurau, Perak.


Iaitu tanah hasil wakaf makcik Asmah dan arwah 3 beradiknya yang mempunyai keluasan sebesar 3 ekar ½.


Keistimewaan MTHU di bakal didirikan ini, selain melahirkan pelajar-pelajar yang cilik dan hafaz Al-Quran, MTHU juga mensasarkan untuk berikan pengajian agama buat warga emas dan menyediakan asrama KHAS buat mereka di sini. 




Ini adalah hasil permintaan yang tinggi daripada masyarakat setempat termasuk Makcik Asmah sendiri. MTHU berhasrat agar dapat dirikan Kompleks Pendidikan Islam di sini agar sinar Islam yang disebarkan lebih menyeluruh buat semua lapisan masyarakat.


Seramai 10 orang pelajar telah sedia untuk mendaftar sebagai pelajar tahfiz disini. InshaAllah kami merancang untuk berikan kelas pengajian SECARA PERCUMA  buat orang-orang tua dan anak-anak yatim serta asnaf.



FASA PEMBANGUNAN KOMPLEKS ISLAM MAAHAD TAHFIZ HIDAYATUL ULUM

FASA 1 Kerja menambun tanah seluas 3 ekar ½. Memerlukan 4,000 lori tanah.


FASA 2Penambahbaik Rumah sedia ada untuk dijadikan Surau dan Penempatan Pelajar sementara. (Pembaikan atap yang bocor dan dinding-dinding yang berlobang dan terkopak)

FASA 3 Kelas-kelas Pengajian

FASA 4 Dewan Serbaguna

SASARAN DAN JUMLAH KOS YANG DIPERLUKAN

Secara keseluruhan kami memerlukan sebanyak RM1,000,000 untuk.menyiapkan Kompleks Islam MTHU secara keseluruhan.

Pecahan kos mengikut fasa :

 Fasa 1  – RM260,000
Fasa 2 – RM140,000


Fasa 3 & Fasa 4 – RM600,000

Proses pembangunan Fasa 1 telah pun bermula namun masih kekurangan dana.

BAGAIMANA INGIN MENYUMBANG UNTUK PAHALA AKHIRAT?
Anda boleh memilih mana-mana pakej seikhlas hati anda:
Kami dari Maahad Tahfiz Hidayatul Ulum dengan rendah hati ingin mengajak Anda semua untuk menyumbang sebahaian dari harta Anda bagi menjayakan projek ini. Anda menjadi ASBAB terlahirnya para huffaz dan penyebaran ilmu Islam kepada masyarakat setempat.



Maklumat tambahan:

1. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway.


2. Sekiranya kutipan sudah mencukupi, lebihan akan digunakan untuk tujuan kos operasi pengurusan serta pembangunan pada masa hadapan.


3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +60134324263 (Wakil Pengurusan Madrasah Tahfiz Hidayatul Ulum)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
PAKEJ A RM500
PAKEJ B RM200
PAKEJ C RM100
PAKEJ D RM50
Sahaja aku berinfak kerana Allah Ta'ala RM40
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

InKindPays
admin@inkindpays.com