Seorang Remaja, Satu Impian: Mahu Berdiri dan Berjalan Seperti Biasa


Bayangkan seorang gadis berumur 17 tahun yang dahulu aktif, ceria dan penuh semangat – kini hanya mampu duduk di kerusi roda dan bergantung pada tongkat.

Itulah realiti perit yang dilalui oleh Rabbiaatul Adawiyyah binti Abdul Razak, yang sejak berumur 13 tahun menderita akibat kecederaan tulang pinggul yang terkeluar dari tempat asal dan retak teruk – ditambah pula dengan jangkitan kuman kronik pada tulangnya (osteomyelitis).


???? Kesakitan Yang Tak Pernah Henti

Sejak kejadian malang semasa mandi sungai pada tahun 2021, Rabbiaatul telah menjalani:

  • 8 kali keluar masuk hospital untuk pembedahan & cucian nanah

  • Menahan sakit yang berpanjangan setiap hari


    ???? Kos Rawatan Terlalu Tinggi Buat Keluarga

    Jumlah keseluruhan kos rawatan dan keperluan pasca-pembedahan adalah sebanyak:

    ???? RM 29,000

    Keluarga Rabbiaatul tidak mampu menanggung kos ini.

    • Ayah tidak bekerja kerana slipped disc

    • Ibu hanya bekerja dengan upah RM20/hari

    • Pendapatan utama hanyalah bantuan JKM RM600 sebulan

    • Tiada simpanan, tiada insurans – hanya bergantung pada ihsan orang ramai

    Tidak boleh lagi ke sekolah atau berjalan seperti remaja lain

  • Hidupnya kini bergantung pada kerusi roda dan bantuan penuh ibu bapa

Doktor telah menjadualkan satu pembedahan penting pada November 2025, yang mampu memberi harapan baru untuk dia berjalan semula. Namun, ada satu halangan besar…


???? Impian Rabbiaatul & Keluarga

"Saya cuma nak berjalan semula. Saya rindu nak ke sekolah dan ke surau sendiri tanpa perlu ditolak kerusi roda…"

Impian Rabbiaatul sangat sederhana, tetapi besar maknanya – untuk berdiri, berjalan, dan hidup seperti remaja lain.
Bagi ibunya pula, tiada yang lebih bermakna selain melihat anak gadisnya bebas daripada kesakitan dan mampu berdikari.


❤️ Anda Boleh Jadi Sinar Harapan Itu

Dengan sumbangan ikhlas anda, walaupun kecil – anda sebenarnya sedang membuka peluang besar untuk masa depan Rabbiaatul.

Sumbangan anda akan digunakan untuk:

  • Kos pembedahan utama (RM25,980)

  • Kerusi roda & kit kebersihan (RM228.50)

  • Kos rawatan & keperluan asas (RM2,720)


???????? Jom Bantu Rabbiaatul

Jadilah sebahagian daripada keajaiban ini.
Tekan butang di bawah dan hulurkan sumbangan anda hari ini.

???? [SAYA NAK BANTU RABBIAATUL]

???? Sumbangan anda akan terus disalurkan kepada keluarga Rabbiaatul untuk membiayai kos rawatannya.


"Barang siapa meringankan kesusahan saudaranya, Allah akan meringankan kesusahannya di dunia dan akhirat."


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Pakej Tajaan Elektrik TNB RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN