Bantu Dana Operasi Maktab Tarbiah Semporna, Sabah
RM 100,000 diperlukan bagi menampung kos operasi setahun serta lengkapkan fasiliti untuk kemudahan, keselesaan dan keselamatan akidah anak-anak Bajau Laut
Kenapa mereka perlu dibantu?
1. Tiada Akses Kepada Pendidikan Formal
Kebanyakan anak-anak Bajau Laut tidak bersekolah kerana mereka tiada dokumen pengenalan diri, menjadikan mereka tidak layak untuk sistem pendidikan rasmi di Malaysia.
2. Taraf Hidup yang Rendah
Mereka berasal daripada keluarga yang hidup dalam kemiskinan tegar, menyebabkan pendidikan bukan keutamaan kerana mereka perlu membantu keluarga mencari rezeki.
3. Risiko Buta Huruf & Ketinggalan Zaman
Tanpa pendidikan asas, mereka akan terus berada dalam kitaran kemiskinan dan berisiko terpinggir daripada pembangunan negara.
4. Ancaman Eksploitasi & Keselamatan
Kanak-kanak tanpa pendidikan lebih mudah dieksploitasi untuk kerja buruh, aktiviti haram, dan perkahwinan awal.
5. Islam & Dakwah di Kalangan Bajau Laut
Dengan memberikan pendidikan Islam dan akademik, kita bukan sahaja membantu mereka keluar dari kemiskinan tetapi juga memperkukuhkan pegangan agama mereka.
Apa yang boleh kita lakukan?
✅ Menyokong inisiatif pendidikan seperti Maktab Tarbiah untuk mereka.
✅ Berinfaq untuk membantu membina sekolah dan menyediakan guru.
✅ Menyebarkan kesedaran tentang nasib anak-anak Bajau Laut.
Untuk Ramadhan Tahun 2025, inisiatif Komuniti Dakwah Tarbiah kali ini bagi meraikan Ramadan agar lebih bermakna buat anak anak dan tenaga pengajar disini dengan menjayakan Program Ihya' Ramadan dan kami sedang berusaha menambah dana seiringan dengan menjaga kebajikan pelajar dan kos keperluan sedia ada.
Jadi, kami juga membuka ruang amal kebaikan untuk mana mana hamba Allah yang ingin menaja/Infaq/Wakaf untuk menjayakan Program Ihya' Ramadhan : Hadiahkan Ramadhan yang lebih bermakna buat mereka
Bantu kami lengkapkan keperluan di Maktab Tarbiah demi keselesaan anak-anak:
- Meja kecil dan Kerusi : RM100 set (RM100/set)
- Peralatan alat tulis : RM 200 set (RM30/set)
- TV : RM3,000
- Buku : 200 set (RM30/set)
- Beg sekolah : 200 unit (RM30/unit)
- Hygiene Kit: 200 set (RM20/set)
Boleh berinfak di akaun:
Bank: Maybank
No Akaun: 568621037401
Rujukan: Infaq-BAJAU
Semoga usaha ini menjadi saham akhirat kita!
Makluman:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Billpliz, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada Papadom Academy Sdn Bhd. Papadom Academy merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Billpliz.
3. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk tujuan kos operasi pengurusan.