[HUTANG MADRASAH DENGAN KONTRAKTOR MASIH BANYAK]
“Pelajar dahulunya menumpang dan dihalau sehingga terpaksa belajar di bawah khemah. Alhamdulillah kini telah mempunyai dewan dan kantin”
"Keluarkanlah sedekah, kerana sedekah itu membebaskan dari api neraka"
(HR Ath-Thabrani)
BANGUNAN MADRASAH AL MAARIF HADIAH BUAT PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ
Pada bulan 12 tahun 2019, pelajar-pelajar dihalau serta dihalang untuk masuk oleh pihak pengurusan sekolah yang mereka tumpang itu.
Apabila masuk tahun baru 2020, pelajar-pelajar terpaksa membiasakan diri untuk belajar di bawah khemah kenduri yang diberi pinjam oleh kontraktor yang baik hati.
Keadaan pelajar belajar di bawah khemah pada awal tahun 2020
Melihat kepada hal ini, seorang kontraktor yang dikenali sebagai encik Amir meluahkan rasa kasihan dan simpati beliau apabila melihat keadaan ini lalu beliau mula membersih dan membina madrasah dengan titik peluhnya sendiri.
Alhamdulillah sepanjang pembinaan berlangsung, orang ramai mula membuka mata dan mula menderma bagi membantu melancarkan pembinaan madrasah.
Pada tarikh 12 Julai 2020, adalah tarikh dimana bangunan dewan dan kantin sudah siap dan mula beroperasi. Selain itu, pada hari itu juga adalah hari KEMERDEKAAN buat pelajar-pelajar dan para pengajar kerana telah mempunyai sekolah sendiri dan tidak perlu menumpang atau belajar di bawah khemah lagi.
Masjlis bacaan Yaasin dan doa selamat buat penderma semasa hari perasmian sekolah
JADI, APA SETERUSNYA?
Kami daripada pihak pengurusan sangat mengalu-alukan lebih ramai penderma diluar sana yang sentiasa menyokong institusi berteraskan AGAMA ISLAM untuk terus menyumbang kepada pembangunan madrasah.
Selesai sahaja pembinaan dewan dan kantin, kami teruskan projek yang seterusnya iaitu pembinaan bangunan bilik darjah buat pelajar rendah dan menengah.
Keadaan jalan masuk ke Madrasah Al-Maarif pada 12 Julai 2020. Dewan dan kantin sudah siap dibina
Pintu masuk depan Madrasah Al-Maarif terkini selepas siap bangunan 2 tingkat dengan 8 bilik darjah
Dari tanah gersang, kini kita telah mempunyai dewan, kantin dan 8 kelas yang telah siap. Alhamdulillah berkat sumbangan tuan puan.
Kini kontraktor sedang dalam proses untuk menyambung 50% lagi pembinaan bangunan 4 buah kelas, makmal, tandas dan juga pejabat guru.
Proses pembinaan yang terkini
NAMUN, PROSES PEMBINAAN TERKINI TERPAKSA DIHENTIKAN KERANA...
Kami serba salah dengan kemurahan hati kontraktor kerana beliau menyiapkan bangunan yang sudah hampir 50% siap walaupun wang yang diberikan baru berjumlah RM150,000 iaitu 27% daripada kos keseluruhannya RM550,000.
Oleh itu, kami memohon kepada tuan puan penderma diluar sana untuk bantu kami lancarkan usaha membina sebuah institusi ini supaya lengkap dan layak digelar sebagai sebuah sekolah yang bukan sahaja mengajar akademik, malah mendidik penghafal Al-Quran.
ANTARA SEBAB KENA BANGUNAN INI PERLU DISIAPKAN SEGERA



BAGAIMANA INGIN MENYUMBANG UNTUK PAHALA AKHIRAT?



Maklumat tambahan:
1. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway.
2. Sekiranya kutipan sudah mencukupi, lebihan akan digunakan untuk tujuan kos operasi pengurusan serta pembangunan pada masa hadapan.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +60134324263 (Wakil Pengurusan Madrasah Al-Maarif)