[Tabung Pembinaan Maahad Tahfiz Al Maarif, Batu Pahat Johor]
“Pelajar dahulunya menumpang dan dihalau sehingga terpaksa belajar di bawah khemah. Alhamdulillah kini telah mempunyai dewan dan kantin”
Pembangunan lagi 50% untuk siap
"Keluarkanlah sedekah, kerana sedekah itu membebaskan dari api neraka"
(HR Ath-Thabrani)
BANGUNAN SEKOLAH MAAHAD TAHFIZ AL MAARIF HADIAH BUAT PELAJAR-PELAJAR TAHFIZ
Seperti bermimpi, pejam celik setahun sudah berlalu, saat-saat dimana pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Maarif dihalau pada bulan Mac 2020.
Terpaksa melalui sepanjang tahun 2020 belajar di bawah khemah yang terik panas. Subhanallah.
"Kadang-kadang rasa nak give up tu memang selalu datang sebab tak selesa"
– keluh Rayyan, seorang pelajar tingkatan 1 yang juga merupakan seorang muallaf.
Allahu, kesian anak-anak ini.
Namun kini, alhamdulillah pembangunan kita telah hampir 50% selesai.
Dari tanah gersang, kini kita telah mempunyai dewan, kantin dan 8 kelas yang telah siap. Alhamdulillah berkat sumbangan tuan puan.
Kini kontraktor sedang dalam proses untuk menyambung 50% lagi pembinaan bangunan 8 buah kelas, pusat sumber dan juga pejabat guru.
FASA PEMBANGUNAN MAAHAD TAHFIZ AL-MAARIF
FASA 1 – Penolakkan dan penambakkan tanah
FASA 2 – Pembangunan Dewan untuk dijadikan kelas sementara dan sebuah kantin
FASA 3 – Pembangunan 8 buah kelas bangunan 2 tingkat



