Animated Progress Bar

Taja Anak Anak Tahfiz

Raikan Ramadhan Dengan Lebih Bermakna


Sedikit trivia mengenai Madrasah Al-Huffaz Wal-Ulum (MAHWU) :

  1. 70% pelajar MAHWU terdiri dari anak yatim, fakir miskin, asnaf Fi Sabilillah manakala 50% daripadanya adalah penerima pembelajaran disini secara percuma .
  2. 2 van daripada 4 van sebelumnya telah dijual bagi menampung kos sedia ada (makanan, keperluan, pembangunan dan bayaran tenaga pengajar) terutamanya bahan mentah untuk makanan yang semakin meningkat.
  3. Pembinaan Madrasah baru sedang dijalankan di kawasan sekitar Puncak Alam untuk menempatkan pelajar dari 4 cawangan ke satu penempatan baru supaya isu seperti keselamatan pelajar ketika beriadah petang, ketenangan pelajar untuk tidur dan fokus pembelajaran (bunyi bingit bengkel motor & kereta lalu lalang), kerosakan fasiliti bangunan yang semakin membebankan (bangunan lama) dapat diselesaikan. 


Untuk Ramadhan Tahun 2024, inisiatif pihak tahfiz kali ini meraikan Ramadhan agar lebih bermakna buat anak anak tahfiz dan tenaga pengajar adalah dengan menjayakan Program Ihya' Ramadhan dan kami sedang berusaha menambah dana seiringan dengan menjaga kebajikan pelajar dan kos keperluan sedia ada.

Jadi, kami juga membuka ruang amal kebaikan untuk mana mana hamba Allah yang ingin menaja/Infaq/Wakaf untuk menjayakan Program Ihya' Ramadhan : Ramadhan yang lebih bermakna . Setiap pemberi sumbangan juga boleh memberi nama nama arwah untuk program tahlil.

Program Ihya' Ramadhan : 

✅️ Iftar 

✅️ Sahur 

✅️ Moreh

✅️ Agihan duit raya pelajar

✅️ Hadiah raya imam dan bilal

✅️ Tahlil sepanjang Ramadhan

✅️ Khatam Al quran, Nuzul quran & Akhir Ramadhan

✅️ Menerima bayaran semua jenis zakat - Penolong Amil Zakat Selangor

✅️ Wakaf pembinaan tempat belajar Lelaki & Perempuan 




Diceritakan bahawa Rasul kita shallallahu ‘alaihi wa sallam lebih dahsyat lagi kedermawanannya di bulan Ramadhan. Hal ini diceritakan oleh Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم أجود الناس ، وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل ، وكان يلقاه في كل ليلة من رمضان فيُدارسه القرآن ، فالرسول الله صلى الله عليه وسلم أجودُ بالخير من الريح المرسَلة

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari, no.6)


Makluman:

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Billpliz, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada Papadom Academy Sdn Bhd. Papadom Academy  merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.

2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Billpliz.

3. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk tujuan kos operasi pengurusan.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Makanan untuk 1 pelajar (RM 40)
Hadiah Hari Raya Pelajar (RM 30)
Bonus - Pembinaan Surau (RM 50)
Bonus - Pembinaan Asrama (RM 200)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

InKindPays
admin@inkindpays.com