Tak perlu banyak, cukup dari hati. Pahalanya Allah yang hitung
Sedikit trivia mengenai Madrasah Al-Huffaz Wal-Ulum (MAHWU) :
- Alhamdulilah setakat ini MAHWU sudah melahirkan seramai 70 orang hafiz & hafizah Al -Quran. 70% pelajar MAHWU terdiri dari anak yatim, fakir miskin, asnaf Fi Sabilillah manakala 50% daripadanya adalah penerima pembelajaran disini secara percuma .
- 2 van daripada 4 van sebelumnya telah dijual bagi menampung kos sedia ada (makanan, keperluan, pembangunan dan bayaran tenaga pengajar) terutamanya bahan mentah untuk makanan yang semakin meningkat.
- Pembinaan Madrasah baru sedang dijalankan untuk menempatkan pelajar lelaki dan perempuan ke satu penempatan baru kerana pelajar sebelum ini tinggal di rumah kedai dan tidak selamat untuk pelajar menginap. Isu seperti keselamatan pelajar ketika beriadah petang, ketenangan pelajar untuk tidur dan fokus pembelajaran (bunyi bingit bengkel motor & kereta lalu lalang), kerosakan fasiliti bangunan yang semakin membebankan (bangunan lama) juga menyebabkan pelajar perlu berpindah segera
JIKA MENGHARAPKAN YURAN, NAK BAYAR UTILITI SAHAJA TIDAK CUKUP
Bajet makan harian terpaksa dicatu . Sedangkan mereka menetap dan tidur disini. Bayangkan hanya berapa banyak yang mereka dapat makan dalam sehari?
Jadi, ayuh, berkongsi rezeki untuk membantu anak anak tahfiz ini mendapat makanan yang baik dan suasana belajar yang selesa
BAGAIMANA INGIN MENYUMBANG UNTUK PAHALA AKHIRAT?
Setiap beras, setiap barang dapur yang anda sumbang, pahalanya mengalir selagi
mereka makan & berdoa.
Hasil daripada rezeki tuan puan kongsi inilah yang akan membantu mereka untuk meneruskan hafalan serta pembelajaran mereka di madrasah ini
Makan minum ini juga yang akan menjadi darah daging para pelajar tahfiz disini dan akan digunakan buat beribadah serta menyampaikan dakwah kepada masyarakat.
MashaAllah, untuk setiap kebaikan yang dilakukan akan mengalir pahala berterusan buat tuan puan.
Jutaan terima kasih diucapkan buat tuan puan yang sudi berkongsi rezeki dan menyumbang buat pembelajaran pelajar-pelajar tahfiz disini. Mereka ini akan menjadi saksi terhadap amal sedekah tuan puan di akhirat kelak di hadapan Allah SWT.
MADRASAH AL-HUFFAZ WAL- ULUM ( MAHWU)
MAYBANK
5628 4352 4705
Segala pertanyaan boleh terus hubungi kami di talian
018-325 1843
Ustaz Hafiz
Madrasah Al-Huffaz Wal-Ulum(KLANG)
No.2, Jalan Bukit Jati 3B, Taman Bukit Jati,
41000 Klang, Selangor Darul Ehsan