TAJAAN PEMBELAJARAN ANAK-ANAK TAHFIZ DI MADRASAH TAHFIZ HUFFAZ WAL ULUM

[MAAHAD HAMPIR DITUTUP – BUNTU IBU BAPA TAK MAMPU BAYAR YURAN PELAJAR]

“Sejak Pandemik Covid melanda, terdapat sebahagian dari pelajar kami yang tidak mampu untuk membayar yuran kerana pekerjaan ibu bapanya terjejas”

________________________________________________

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”

(Al-Baqarah 2:261)



Itulah apa yang berlaku di Madrasah Huffaz wal Ulum sejak PKP dilaksanakan di negara kita. Dari satu sisi dilihat ramai yang hilang pekerjaan dan pedapatan akibat pandemic Covid-19, akan tetapi kami di madrasah ini juga menerima kesan secara tak langsung apabila ibu bapa merayu akan penangguhan pembayaran yuran anak-anak mereka.


Meletakkan diri tuan puan di tempat kami, cuba sahaja bayangkan jika tidak menerima gaji dari majikan, mungkin anak-anak tuan puan tidak mendapat makanan yang cukup, bil air serta elektrik rumah tuan puan juga mungkin saja tertunggak dan tidak berbayar, tidak termasuk lagi kos sewa rumah yang sangat mahal sekarang ini. 




Itulah apa yang dihadapi oleh kami disebabkan ibu bapa memang tidak mampu untuk membayar yuran sekolah anak mereka sejak awal PKP dilaksanakan (iaitu hampir setahun). Antara kesan yang dialami maahad adala seperti berikut :

Premis sewa asrama para pelajar tertunggak pembayarannya selama 3 bulan

Bajet makanan terpaksa dihadkan cuma RM5 sehari untuk setiap para pelajar

Cikgu-cikgu di maahad bekerja tanpa gaji kerana tidak dapat membayar gaji mereka



Oleh sebab kesan-kesan yang berlaku ini, kami hampir-hampir menutup madrasah secara keseluruhan. Namun, kami kasihankan para pelajar yang bakal kehilangan sekolah dan guru –guru yang bakal kehilangan tempat kerja.


TAJAAN PEMBELAJARAN ANAK-ANAK TAHFIZ DI MADRASAH TAHFIZ HUFFAZ WAL ULUM

Maahad kami mempunyai sejumlah 12 orang pelajar tahfiz yang kuran berkemampuan. Tajaan pelajar ini akan merangkumi :


1. Makan minum pelajar selama sebulan (sehari 3x)

2. Asrama penempatan pelajar di maahad

3. Modul pembelajaran tahfiz yang merangkumi tehnik hafazan al-Quran 

4. Bil Air dan elektrik premis maahad

5. Kos Sewa Tempat pengajian tahfiz para pelajar

6. Gaji para guru yang mengajar


Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Apabila seorang anak Adam mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain serta anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadis Riwayat Muslim).


MAYBANK

562843524705

Madrasah AlHuffaz Wal Ulum Lil Banat




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Taja Makanan Sebulan - RM180 (3 pelajar untuk sebulan)
Taja Makanan Sebulan - RM120 (2 pelajar untuk sebulan)
Taja Makanan Sebulan - RM60 (1 orang pelajar)
Taja Makanan Sehari - RM30 (3 orang pelajar)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

InKindPays
admin@inkindpays.com