MEREKA BERHARAP DAPAT TEMPAT LEBIH SELESA
Hafizah risau, pihak madrasah terbeban menangung 3 buah rumah sewa untuk pelajar-pelajar yang hampir semuanya yuran percuma.
Madrasah Al-Huffaz Wal-Ulum Lil Banat, Puncak Alam
“Kos Sewa Premis adalah kos yang paling tinggi sehingga mencecah RM10,500 setiap bulan”
Apakah harta yang berkekalan hingga ke hari kiamat ? Bahkan menjadi saksi amal buat tuan puan ketika berhadapan Allah SWT kelak?
Bermula dengan SEDEKAH SERENDAH RM30 (SEIKHLAS HATI),
Tuan puan telah menyumbang untuk memudahkan urusan hafizah di madrasah ini. Menggunakan modul hafalan 30 Juz dalam masa 12 Bulan, Alhamdulillah setakat ini madrasah telah melahirkan seramai 26 orang hafizah yang lengkap bersyahadah.
Marilah tuan puan rebut secepatnya saham pahala akhirat yang berpanjangan ini. Kerana Allah SWT telah menjanjikan di dalam hadith yang bermaksud :
(HR. Ahmad)
Terdapat seramai 55 orang pelajar yang menetap di sini bersama para asatizah. Di Madrasah Al-Huffaz Wal-Ulum Lil Banat Cawangan Puncak Alam ini, mereka menghafal Al-Quran dan melengkapkan syahadah mereka dengan modul khas yang diajarkan.
Walaupun kemampuan setiap pelajar tentunya berbeza, mereka berusaha dengan gigih untuk melengkapkan modul hafalan dalam tempoh 12 bulan ini
Dalam kalangan 55 orang pelajar ini, mereka adalah merupakan anak-anak dari keluarga asnaf, anak yatim piatu dan juga golongan kurang berkemampuan.
Hanya 3 ORANG SAHAJA pelajar yang BERKEMAMPUAN untuk membayar yuran penuh. Kami di pihak madrasah sangat sayangkan pelajar-pelajar disini seperti anak kami sendiri.
Biar mereka kurang berkemampuan, kami ikhtiarkan untuk cari jalan keluar buat mereka. Tidak terbayangkan andai sekiranya kami terpaksa menghentikan pembelajaran mereka...
Oleh itu, kami di pihak madrasah ingin memohon ehsan serta sumbangan tuan puan agar dapat mengurangkan bebadan menampung kos operasi madrasah.
Untuk makan minum para pelajar, setiap seorang diperuntukkan RM15 sehari, anggaran mencecah hampir RM30,000 sebulan untuk makan minum mereke. Adapun yang lebih membebankan adalah kos penyewaan premis madrasah yang mencecah RM10,700 SEBULAN !
Bagi kami di pihak madrasah, kami sedaya upaya menyediakan modul terbaik buat mereka menghafaz. Kami juga melihat usaha dan pemcapaian luar biasa dari anak-anak ini untuk keluar dari kesempitan hidup mereka.
Marilah tuan puan, mengumpul saham akhirat bersama-sama kami dalam usaha melahirkan generasi celik Al-Quran dan pendidik generasi akan datang.
SASARAN DAN JUMLAH KOS YANG DIPERLUKAN?
Berikut adalah pecahan kos yang diperlukan tahfiz setiap bulan :
Kos Makan Minum Para Pelajar (RM30,000)
Saguhati 7 Orang Guru (RM11,000)
Kos Utiliti Air dan Elektrik (RM3,000)
Sewa premis madrasah (RM10,700)
Oleh itu, keseluruhan dana yang diperlukan bagi memastikan keberlangsungan pendidikan para pelajar di tahfiz setiap bulan adalah sebanyak RM54,700
BAGAIMANA INGIN MENYUMBANG UNTUK PAHALA AKHIRAT?
Untuk memudahkan urusan anda menyumbang kami telah sediakan platform yang mudah dengan senarai pakej dibawah:
PAKEJ A – RM300
PAKEJ B – RM200
PAKEJ C – RM100
PAKEJ D – RM50
SEIKHLAS HATI – dari RM40
Dana yang paling besar diperlukan adalah untuk menampung makan minum para pelajar itu sendiri. Kerana itulah, terkadang terpaksa kami potong/tangguhkan sedikit saguhati buat para guru untuk mengutamakan kepentingan para pelajar.
Kami berasa kurang enak, kerana setiap guru yang mengajar disini juga turut mempunyai anak-anak yang mereka perlu beri makan dan besarkan.
Jutaan terima kasih diucapkan buat tuan puan yang sudi bersama-sama kami dalam menabung saham akhirat disini.
Dengan sumbangan yang berterusan yang diberikan buat Madrasah Al-Huffaz Wal-Ulum Lil Banat Cawangan Puncak Alam, mudah-mudahan inshaAllah akan dapat melahirkan masyarakat harmoni serta berkasih saying.
InshaAllah, saya mendoakan agar usaha tuan puan membantu keberlangsungan pembelajaran pelajar kami ini akan dibalas dengan bantuan Allah yang tiada tandingan di muka bumi serta di akhirat kelak.
MADRASAH AL-HUFFAZ WAL- ULUM LIL BANAT MAHWU
MAYBANK
5628 4352 4705
Penafian:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Billpliz, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada PAPADOM ACADEMY SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Billpliz.
3. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk tujuan kos operasi pengurusan, pembangunan serta baikpulih.