DANA DIPERLUKAN UNTUK MEMBIAYAI KOS OPERASI PELAJAR ASNAF & ANAK YATIM DI MADRASAH AL -HUFFAZ WAL-ULUM



Sedikit trivia mengenai Madrasah Al-Huffaz Wal-Ulum (MAHWU) :

  1. Alhamdulilah setakat ini MAHWU sudah melahirkan seramai 70 orang hafiz & hafizah Al -Quran. 70% pelajar MAHWU terdiri dari anak yatim, fakir miskin, asnaf Fi Sabilillah manakala 50% daripadanya adalah penerima pembelajaran disini secara percuma .
  2. 2 van daripada 4 van sebelumnya telah dijual bagi menampung kos sedia ada (makanan, keperluan, pembangunan dan bayaran tenaga pengajar) terutamanya bahan mentah untuk makanan yang semakin meningkat.
  3. Pembinaan Madrasah baru sedang dijalankan untuk menempatkan pelajar lelaki dan perempuan ke satu penempatan baru kerana pelajar sebelum ini tinggal di rumah kedai dan tidak selamat untuk pelajar menginap. Isu seperti keselamatan pelajar ketika beriadah petang, ketenangan pelajar untuk tidur dan fokus pembelajaran (bunyi bingit bengkel motor & kereta lalu lalang), kerosakan fasiliti bangunan yang semakin membebankan (bangunan lama) juga menyebabkan pelajar perlu berpindah segera

Keadaan Madrasah Dulu (tinggal di rumah kedai)

 



Keadaan Madrasah Sekarang




Alhamdulilah berkat sokongan tuan/puan pembinaan surau sementara pelajar lelaki dan asrama pelajar lelaki telah siap dibina. Phak madrasah dalam usaha untuk siapkan pembinaan surau dan asrama pelajar perempuan. Sekarang ini seramai 30 pelajar perempuan ditempatkan di sebuah rumah sementara dengan bayaran sewa RM 2,000 sebulan.


JIKA MENGHARAPKAN YURAN, NAK BAYAR UTILITI SAHAJA TIDAK CUKUP


Hakikat ini terpaksa ditanggung oleh ustaz dan guru-guru yang mengurus pendidikan pelajar-pelajar disini.Ustaz pun tak mampu nak tanggung sendiri. Menanggung segala kos makan, minum, pendidikan, tempat tinggal, bil air serta elektrik sepenuhnya buat pelajar yang tidak mampu. Namun impian kami ialah ingin melihat pelajar disini juga mampu memiliki masa depan yang cerah 


Para guru sanggup tidak dibayar gaji demi mengutamakan kebajikan pelajar disini. Walaupun yuran madrasah sebanyak RM 250 setiap bulan dikenakan, namun itu juga tidak mampu untuk tanggung kos makanan yang cecah RM 9,000 sebulan dan ini tidak termasuk kos-kos yang lain.


Kalau Madrasah ini ditutup, Bagaimana dengan harapan anak anak ini untuk terus belajar, mereka tak mampu nak bersekolah seperti kanak kanak lain.


Bajet makan harian terpaksa dicatu . Sedangkan mereka menetap dan tidur disini. Bayangkan hanya berapa banyak yang mereka dapat makan dalam sehari? 

Jadi, ayuh, berkongsi rezeki untuk membantu anak anak tahfiz ini mendapat makanan yang baik dan suasana belajar yang selesa 



BAGAIMANA INGIN MENYUMBANG UNTUK PAHALA AKHIRAT?

Berikut merupakan pecahan kos operasi dan anggaran kos diperlukan. 




Hasil daripada rezeki tuan puan kongsi inilah yang akan membantu mereka untuk meneruskan hafalan serta pembelajaran mereka di madrasah ini


Selain itu, makan minum ini juga yang akan menjadi darah daging para pelajar tahfiz disini dan akan digunakan buat beribadah serta menyampaikan dakwah kepada masyarakat.


MashaAllah, untuk setiap kebaikan yang dilakukan akan mengalir pahala berterusan buat tuan puan.


Jutaan terima kasih diucapkan buat tuan puan yang sudi berkongsi rezeki dan menyumbang buat pembelajaran pelajar-pelajar tahfiz disini. Mereka ini akan menjadi saksi terhadap amal sedekah tuan puan di akhirat kelak di hadapan Allah SWT.


MADRASAH AL-HUFFAZ WAL- ULUM ( MAHWU)

MAYBANK

5628 4352 4705


Segala pertanyaan boleh terus hubungi kami di talian

018-325 1843

Ustaz Hafiz


Madrasah Al-Huffaz Wal-Ulum

 Lot 4422, Jalan Parit Omar, Kg Bukit Hijau Jeram, 45800 Kuala Selangor, Selangor

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Taja Makan & Minum Pelajar ( RM30/ RM40/ RM50/ RM100 - RM 500 )
Bil Air & Elektrik ( RM30/ RM40/ RM50/ RM100 - RM 500 )
Sewa Asrama Banin & Banat ( RM30/ RM40/ RM50/ RM100 - RM 500 )
Sewa Rumah Guru ( RM30/ RM40/ RM50/ RM100 - RM 500 )
Saguhati 12 Orang Guru ( RM30/ RM40/ RM50/ RM100 - RM 500 )
INFAQ SEIKHLAS HAT1
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

InKindPays
admin@inkindpays.com