TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA
Antara Kegunaan paling utama van adalah untuk ke masjid bagi solat berjemaah
“Kini pelajar tidak perlu lagi berjalan sejauh hampir 7KM pergi dan balik ke masjid untuk tunaikan solat”
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”
(Al-Baqarah 2:261)
Selain iu sekiranya berlaku sebarang kecemasan, tiada kenderaan yang sesuai buat para pelajar untuk ke hospital mahupun klinik kesihatan.
Alhamdulillah kini kami telah menerima sebuah van Toyota Hiace hasil daripada sumbangan tuan-tuan dan puan-puan sebelum ini.

Beruntungnya kami kerana tidak perlu menunggu lama untuk memiliki sebuah van lagi malah diberi secara "ADVANCE" kemudian hanya perlu membayar bulanan sahaja.
NAMUN...
Kami perlu menanggung bayaran bulanan dengan bank untuk membayar van tersebut. Oleh itu, kami memohon agar tuan-tuan dan puan-puan sudi bantu kami selesaikan hutang van tersebut.
Kami berharap kutipan sumbangan yang kami pinta ini dapat menyelesaikan atau "FULL SETTLEMENT" supaya nama dalam geran atas Madrasah.
Kami perlu membayar ansuran bulanan sebanyak RM1,300 selama 9 tahun. Kami memerlukan sebanyak RM129,000 untuk menyelesaikan hutang bank.
BAGAIMANA INGIN MENYUMBANG UNTUK PAHALA AKHIRAT?
Bantu kami langsaikan hutang van untuk Madrasah Al Huffaz Wal Ulum cawangan Klang sebanyak RM129,000 :
BANK : CIMB
NO AKAUN : 860 360 5085
MADRASAH AL-HUFFAZ WAL- ULUM LIL BANAT
Maklumat tambahan:
1. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway.
2. Sekiranya kutipan sudah mencukupi, lebihan akan digunakan untuk tujuan kos operasi pengurusan serta pembangunan pada masa hadapan.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +60134324263 (Wakil Pengurusan Madrasah Al-Huffaz Wal-Ulum Lil Banat)