Jom Berkongsi Rezeki & Ringankan Beban Asnaf & Fakir Miskin Yang Diuji Kesempitan Hidup!

"Di dunia ini bukan semua orang bernasib "
Ada yang sejak lahir diuji dengan kemiskinan hidup, kais pagi, makan pagi.
Ada juga yang bernasib baik, hidup selesa cukup makan minum.
Inilah asbab kami terpanggil untuk menjalankan misi ini bgi membantu golongan asnaf dan fakir miskin yang memerlukan di luar sana.
Sedarkah tuan puan, ada keluarga di luar sana....
Terpaksa menggantikan susu si kecil dengan air suam.
Ada yang beras pun terpaksa dipinjam dari jiran untuk dimasak bubur anak beranak.
Ada yang hanya tinggal garam saja di dapur, tiada lagi makanan untuk dimasak.
“YA, INI REALITI YANG MASIH BERLAKU”
Bila kita rasa hidup susah…
rupa-rupanya ada lagi keluarga yang lebih berat ujian mereka.

Apakah Misi Dapur Asnaf?
Melalui Misi Dapur Asnaf, kami ingin mengajak lebih ramai rakyat Malaysia untuk bersama-sama berkongsi rezeki dan membantu keluarga yang sedang bergelut meneruskan kehidupan.
Bantuan akan disampaikan dalam bentuk barang dapur seperti beras, telur, tepung, susu, Ready to Eat dan banyak lagi yang akan diberikan kepada asnaf, fakir miskin yang memerlukan
RM135 = 1 kotak bantuan untuk 1 keluarga
Dengan hanya RM10, RM30, RM50 atau apa sahaja yang mampu anda sudah membantu meringankan beban mereka. Setiap kotak bantuan dianggarkan mampu membantu sebuah keluarga untuk meneruskan kehidupan harian mereka.
Kami sasarkan jumlah bantuan sebanyak RM 300,000 diperlukan bagi menyantuni lebih 2200+ keluarga di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Perak dan Sabah.
Setiap 1 kotak ini mengandungi barangan seperti beras, telur, biskut, minyak masak, lampin (bagi yang ada anak kecil) dan macam-macam lagi.

BAGAIMANA SUMBANGAN ANDA DIGUNAKAN?
✔ Disusun dalam bentuk kotak bantuan makanan ✔ Diurus oleh team sukarelawan ✔ Disalurkan kepada keluarga yang memerlukan ✔ Fokus bantuan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Perak dan Sabah.
Setiap sumbangan yang diberi sangat bermakna buat mereka yang sedang bergelut untuk meneruskan hidup.
“MUNGKIN BAGI KITA KECIL…
TAPI BAGI MEREKA, IA SANGAT BESAR”
Kadang-kadang…Satu kotak makanan itu lah yang membantu mereka mampu bertahan seminggu lagi, memastikan anak tidak tidur lapar, memberi sedikit harapan untuk terus kuat
JOM JADI SEBAHAGIAN DARIPADA MISI INI
Hari ini mungkin kita diberi rezeki lebih. Dan mungkin… rezeki itu ada bahagian untuk mereka juga.
.jpg)
(Riwayat Muslim)