Bawa Penjagaan Kesihatan Terus ke Pintu Mereka

Ramai di luar sana masih tidak dapat menikmati rawatan kesihatan yang sepatutnya.
Ada yang tidak mampu membayar kos rawatan, ada yang tinggal jauh dari hospital, dan ada juga yang tidak mempunyai pengangkutan untuk ke klinik.
Sebenarnya, penjagaan kesihatan adalah hak semua orang.
Tiada siapa patut ditinggalkan hanya kerana mereka miskin atau tinggal jauh dari bandar.
Masalah Yang Dihadapi
Menurut laporan NHMS 2023,
12.9% rakyat Malaysia tidak mendapatkan rawatan kesihatan tahun lalu kerana masalah kewangan.
Hospital kerajaan pula semakin sesak, dengan masa menunggu yang lama dan kekurangan tenaga kerja.
Bagi golongan kurang bernasib baik, keadaan ini menjadikan hidup mereka semakin sukar:
Pesakit terlantar tiada pengangkutan ke hospital.
Kaum Orang Asli di pedalaman sukar sampai ke klinik.
Mangsa bencana tidak dapat meneruskan rawatan penyakit kronik.
Golongan asnaf dan warga emas tidak mampu menanggung kos perjalanan.
![]()
Inisiatif Kami, Klinik Bergerak MyHeart
Kami di MyHeart, mengambil langkah untuk menghantar penjagaan kesihatan terus ke kawasan mereka.
Melalui Klinik Bergerak MyHeart, kami sediakan rawatan percuma untuk:
Pesakit terlantar di rumah
Komuniti Orang Asli
Mangsa bencana
Warga emas yang tinggal sendirian
Golongan asnaf yang tidak mampu ke hospital
Kami percaya — walau siapa pun mereka, semua berhak untuk sihat dan dijaga.
Perkhidmatan Klinik Bergerak
Klinik ini dilengkapi dengan peralatan perubatan lengkap dan pasukan doktor serta jururawat bertauliah.
Antara perkhidmatan kami ialah:
Rawatan luka akibat kemalangan atau diabetes
Penggantian peralatan perubatan seperti tiub penyusuan, kateter, beg stoma dan sebagainya
Pemeriksaan kesihatan asas (gula darah, tekanan darah, kolesterol)
Rawatan kecemasan ringan
Perkhidmatan ambulans percuma bagi yang tiada kenderaan
Pendidikan kesihatan untuk penjagaan diri jangka panjang
![]()
Kenapa Bantuan Anda Diperlukan
Setiap hari, kami temui kisah menyentuh hati:
Seorang isteri habiskan semua duit untuk naik Grab demi bawa suaminya ke hospital.
Seorang ibu terpaksa pilih antara bayar tambang atau beli makanan.
Seorang ayah tidak dapat teruskan rawatan kanser kerana tiada wang.
Seorang wanita Orang Asli perlu tinggal berbulan-bulan di rumah transit sebelum bersalin, jauh dari keluarga.
Klinik Bergerak memerlukan kos tinggi untuk peralatan, ubat-ubatan dan penyelenggaraan ambulans.
Tanpa sokongan anda, usaha ini mungkin terhenti dan ramai pesakit akan terus menderita tanpa rawatan.
Sokongan Anda Boleh Selamatkan Nyawa
Bantuan anda akan digunakan untuk:
Membiayai petrol dan servis kenderaan klinik
Membeli ubat-ubatan dan alat rawatan
Menyediakan rawatan percuma kepada pesakit miskin
Setiap bulan, kami perlukan RM100,000 untuk memastikan Klinik Bergerak MyHeart terus beroperasi.
Sasaran ini penting supaya pasukan kami dapat membantu lebih ramai penerima di seluruh Malaysia.

