RM0 Sudah Terkumpul, RM0 Lagi Diperlukan



SALAM RAMADHAN 1444 H


Seramai 25 orang anak-anak tahfiz ini dari keluarga asnaf dan anak yatim. Mereka tidak mampu bayar yuran menyebabkan pernah terputus bekalan makanan.




DANA DIPERLUKAN UNTUK MENAMPUNG KEPERLUAN MAKAN, MINUM SERTA PEMBELAJARAN ANAK TAHFIZ MADRASAH DARUL FURQAN TITI RAGA YAN, KEDAH 


Bermula dengan SERENDAH RM50,


“Sesiapa yang meringankan daripada seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah SWT akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan di Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat."

Riwayat Muslim 


Sumbanglah untuk saham akhirat yang berpanjangan serta ketenangan hidup di dunia. Jangan lepaskan peluang ini, mudah-mudahan dengannya Allah lepaskan tuan puan dari segala belenggu masalah.




Anak-anak ini tidak seperti yang lain , menumpang kasih di madrasah Darul Furqan ini bermula dari umur 9-16 tahun. Mereka dengan rela hati memilih untuk belajar Al quran walaupun tidak berpeluang sekolah seperti kanak-kanak lain.


Tahfiz ini hampir ditutup kerana madrasah tidak mampu membayar kos operasi yang berjumlah RM10,000 hingga RM15,000 sebulan. Namun disebabkan melihat wajah anak-anak ini yang kebanyakannya tidak memiliki keluarga dan tidak ada tempat tinggal, madrasah ini tetap diteruskan walaupun terpaksa mengeluarkan duit tenaga pengajar sendiri




Bayangkan tuan puan, para guru di madrasah ini juga sudah setahun tidak menerima gaji dan mengeluarkan duit sendiri demi memastikan madrasah ini dapat terus berfungsi supaya anak-anak ini dapat meneruskan pengajian di sini.


Namun jika keadaan seperti ini masih berterusan kemungkinan besar Madrasah ini terpaksa ditutup !




Kami sangat mengharap agar mendapat PENYUMBANG TETAP setiap bulan minima untuk menampung kos pembelajaran pelajar-pelajar disini


KONGSI BAHAGIA RAMADHAN BERSAMA ANAK-ANAK  MADRASAH FURQAN TITI RAGA YAN, KEDAH


Untuk memudahkan urusan anda menyumbang kami telah sediakan platform yang mudah dengan senarai pakej dibawah :


PAKEJ A - TAJAAN 9-25 ORANG PELAJAR ASNAF & ANAK YATIM RM900

PAKEJ B-TAJAAN 4 ORANG PELAJAR ASNAF & ANAK YATIM RM400

PAKEJ C - TAJAAN 3 ORANG PELAJAR ASNAF & ANAK YATIM RM300

PAKEJ D - TAJAAN 2 ORANG PELAJAR ASNAF & ANAK YATIM RM200

PAKEJ E - TAJAAN 1 ORANG PELAJAR ASNAF & ANAK YATIM RM100

PAKEJ F – SAHAJA AKU BERI MAKAN KERANA ALLAH TA'ALA RM50


Hasil daripada makan minum mereka inilah yang akan membantu mereka untuk meneruskan hafalan serta pembelajaran mereka di madrasah ini.


Selain itu, makan minum ini juga yang akan menjadi darah daging para pelajar tahfiz disini dan akan digunakan buat beribadah serta menyampaikan dakwah kepada masyarakat.


MashaAllah, untuk setiap kebaikan yang dilakukan akan mengalir pahala berterusan buat tuan puan.




Jutaan terima kasih diucapkan buat tuan puan yang sudi berkongsi rezeki dan menyumbang buat pembelajaran pelajar-pelajar tahfiz disini.  Mereka ini akan menjadi saksi terhadap amal sedekah tuan puan di akhirat kelak di hadapan Allah SWT.





Anda boleh memilih mana-mana pakej seikhlas hati anda:




Penafian:

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Billpliz, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada PAPADOM ACADEMY SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.

2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Billpliz.

3. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk tujuan kos operasi pengurusan, baikpulih dan pembangunan tahfiz.



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
9 ORANG PELAJAR RM900
4 ORANG PELAJAR RM400
3 ORANG PELAJAR RM300
2 ORANG PELAJAR RM200
1 ORANG PELAJAR RM100
SEIKHLAS HATI RM50
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN