KEMPEN INFAQ SEMPENA RAMADAN
SAHUR | IFTAR | MOREH
KEPERLUAN TAHFIZ


Tahfiz Darul Ulum Al Mahfuz yang ditubuhkan pada 2022 adalah berdaftar dengan 
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).



Anak-anak pelajar yang belajar di sini terdiri dari kalangan asnaf, anak yatim dan mereka yang datang dari keluarga kurang berkemampuan. 

Satu perkara yang sama yang mereka ada adalah ketekunan dan kegigihan untuk bergelar hafiz quran. Kekurangan mereka tidak menjadi asbab untuk mereka dapat peluang belajar hafaz Al-Quran seperti orang lain. Wajar untuk kita usahakan mereka tidak tercicir dalam pelajaran dan dapat menyelesaikan pengajian mereka hingga mendapat ijazah dan syahadah untuk hafal 30 juzuk Al-Quran dan kembali kepada masyarakat untuk mendidik generasi seterusnya. 



Kenapa Madrasah perlu dibantu?

> Setiap bulan, madrasah perlu tanggung kos sewa bulanan bangunan, bil air dan elektrik, makan minum pelajar dan guru yang mencecah hampir RM20,000 sebulan

> Kos diperlukan untuk penambahbaikan infrastruktur madrasah kerana bangunan yang didiami adalah bangunan rumah kedai lama

Usaha madrasah untuk pastikan anak-anak ini miliki masa depan yang cerah (anak-anak yatim dan asnaf ditaja yuran mereka melalui sumbangan orang ramai)

> Madrasah terpaksa ditutup sekiranya kos operasi bulanan tertunggak dan tidak dapat diselesaikan

Pelajar terpaksa makan di tempat yang sama pelajar gunakan untuk tidur (ruang yang terhad)

> Kos yang lebih tinggi diperlukan untuk berpindah ke kawasan yang lebih selesa





Tuan/puan boleh memilih untuk taja makan minum pelajar atau kos operasi lain seperti pakej di bawah:


Makan minum bulanan | RM8,000

Sewa Bulanan 2 Unit Lot Rumah Kedai | RM4,000
Utiliti Elektrik, Air, Wifi |  RM2,000
Pengurusan dan Admin ( Utiliti & Saguhati Guru ) | RM6000


Sasaran RM20,000 setiap bulan



Sedekah pada bulan Ramadan adalah yang paling utama, dengan ganjaran pahala yang dilipatgandakan. Rasulullah SAW bersabda, “Sedekah yang paling utama ialah sedekah pada bulan Ramadan” (HR Al-Baihaqi).

Ia menghapuskan dosa, memberi naungan di akhirat, serta memberi keberkatan kepada harta.
Nabi SAW, yang paling dermawan, lebih meningkatkan sedekah pada bulan ini.


Disclaimer:

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Billpliz, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada PAPADOM ACADEMY SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.

2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Billpliz.

3. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk tujuan kos operasi pengurusan, baikpulih dan pembangunan tahfiz.



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
TAJA MAKAN MINUM ANAK TAHFIZ
SEWA BULANAN 2 UNIT RUMAH KEDAI (RM30/ RM40/ RM50/ RM100 - RM 500)
TUKANG MASAK (RM30/ RM40/ RM50/ RM100 - RM 500)
SAGU HATI GURU (RM30/ RM40/ RM50/ RM100 - RM 500)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN