"Ya Allah, Berilah Rezeki Mereka Yang Menyumbang Hari ini
Untuk Bertemu Malam Lailatul Qadar"
Alhamdulilah Tahfiz Darul Furqan sudah hampir 5 tahun beroperasi, namun kami tidak pernah mendapat tajaan tetap oleh mana-mana pihak. Hampir keseluruhannya ditanggung oleh para mudir dan sumbangan orang ramai.
Seramai 30 orang pelajar di Madrasah Darul Furqan merupakan pelajar asnaf dan anak yatim. Oleh sebab itu pihak tahfiz menanggung keseluruhan kos pembelajaran mereka kerana mereka tidak mampu membayar yuran.
Pihak madrasah sehabis baik berusaha untuk beri pendidikan dan keselesaan terbaik buat pelajar di sini. Namun dalam usaha ini pihak madrasah mengalami kekangan dari segi dana pengurusan terutama makan dan minum pelajar secara bulanan
"Sekarang ni kalau nak beli telur sahaja pun dah mahal inikan pulak kalau nk beli beras"
Sempena bulan Ramadhan ini kami ingin mengajak para dermawan yang ingin berkongsi rezeki bagi bantu ringankan beban madrasah
Madrasah Darul Furqan memerlukan dana bulanan untuk
Kos Makan Minum 30 Orang Pelajar Asnaf & Anak Yatim
Kos Utiliti Madrasah
Gaji Para Guru
Untuk mudahkan tuan/puan boleh memilih pakej di bawah :
Kata Nabi SAW,
"Siapa yang membantu melengkapi keperluan orang yang berjihad di jalan Allah maka sesungguhnya dia juga telah ikut berjihad, dan siapa yang membantu keluarga seorang yang berjihad di jalan Allah dengan suatu kebaikan maka dia juga telah ikut berjihad." (Shahih Al-Bukhari, no. 2843)
Semoga setiap ringgit yang kita infaqkan hari ini menjadi saksi bahawa kita telah membantu anak-anak ini berjihad untuk ilmu.
Allahumma amiin
Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :
(P/s: Kami Yakin, tuan/puan yang sedang melihat ini dipilih Allah s.w.t untuk melakukan kebaikan pada hari ini. Jangan lepaskan peluang
Semoga Allah s.w.t rezekikan dan panjangkan umur kita untuk bertemu dengan malam lailatur qadar Ramadan tahun ini . Amin
Disclaimer:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Billpliz, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada PAPADOM ACADEMY SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Billpliz.
3. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk tujuan kos operasi pengurusan, baikpulih dan pembangunan tahfiz.