Viral ! Pelajar Maahad Tahfiz Darul Hikmah (MTDH) 13 Tahun Jadi Imam solat di Masjid
Maahad Tahfiz Darul Hikmah Sudah beroperasi lebih kurang 5 tahun dan kebanyakkan pelajar kami boleh menjadi imam fardhu mahupun solat tarawih kepada masyarakat setempat dan ramai pelajar telah mampu membaca al quran dengan baik Alhamdulilah.
Maahad Tahfiz Darul Hikmah mula ditubuhkan pada pertengahan tahun 2018. Pada awalnya tahfiz ini hanya beroperasi di rumah teres sahaja. Bermula dari tahun 2019, tahfiz beroperasi dengan menyewa di rumah kedai hingga sekarang. Jumlah pelajar setakat ini seramai 160 orang dan 25 orang staff.
Maahad Tahfiz Darul Hikmah (MTDH) diasaskan bagi melahirkan Ahli Quran yang :
Mampu membaca, menghafal, memahami al quran dengan baik dan mampu menyampaikannya
Melahirkan pelajar yang berakhlak mulia berpandukan ajaran Al Quran dan Al Sunnah
Melahirkan generasi yang dapat menghayati agama dalam kehidupan
Dapat membawa semangat dakwah secara berhikmah
No Perakuan Pendaftaran : 13S(8) 20/62
Kod Sekolah : BZH8092
Namun dalam usaha memberi pendidikan yang terbaik buat pelajar disini pihak kami menghadapi sedikit kekangan dari keperluan dana untuk menampung segala kos operasi para pelajar di sini.
Kami memerlukan dana untuk
Membayar sewa bangunan bulanan
Kos Utiliti
Kos Makan Minum Pelajar
Oleh itu kami ingin mengajak para dermawan di luar sana untuk bersama kami menjayakan misi dan visi MTDH dalam usaha melahirkan lebih ramai generasi huffaz yang berkualiti.
DOA BUAT PARA PENYUMBANG
Untuk memudahkan tuan puan BERINFAQ di maahad tahfiz ini, kami telah menyediakan 5 PAKEJ di bawah ini untuk tuan/puan pilih.
Makluman:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Billpliz, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada PAPADOM ACADEMY SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Billpliz.
3. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk tujuan kos operasi pengurusan, baikpulih dan pembangunan tahfiz.