BANTU OPERASI MTDH UNTUK TERUS LAHIRKAN HUFFAZ BERKUALITI
Maahad Tahfiz Darul Hikmah (MTDH) sudah masuk tahun ke 6 beroperasi dan mendapat kelulusan penuh dari JAIS (kod sekolah BZH8092). Alhamdulillah telah ramai pelajar yang mendapat manfaat di MTDH, ada yang tidak mengenal huruf ketika masuk ke MTDH tetapi sekarang dah pandai membaca dengan baik, sehingga ramai yang boleh menjadi imam, bahkan sebahagian pelajar MTDH dijemput menjadi imam solat di surau dan masjid, sama ada solat lima waktu atau solat tarawih.
Maahad Tahfiz Darul Hikmah mula ditubuhkan pada pertengahan tahun 2018. Pada awalnya tahfiz ini hanya beroperasi di rumah teres sahaja. Bermula dari tahun 2019, tahfiz beroperasi dengan menyewa di rumah kedai hingga sekarang. MTDH menanggung kos operasi yang sangat tinggi daripada RM110 hingga RM120 ribu setiap bulan. Pelajar setakat ini seramai 160 orang tetapi ramai dikalangan mereka yang tidak berkemampuan, ada yang bayar mengikut kemampuan dan ada yang tidak bayar.
Maahad Tahfiz Darul Hikmah (MTDH) diasaskan bagi melahirkan Ahli Quran yang :
Mampu membaca, menghafal, memahami al quran dengan baik dan mampu menyampaikannya
Melahirkan pelajar yang berakhlak mulia berpandukan ajaran Al Quran dan Al Sunnah
Melahirkan generasi yang dapat menghayati agama dalam kehidupan
Dapat membawa semangat dakwah secara berhikmah
No Perakuan Pendaftaran : 13S(8) 20/62
Kod Sekolah : BZH8092
Nabi ﷺ seorang yang paling pemurah dan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadhan ketika Jibril AS bertemu dengannya. Adalah Jibril AS bertemu dengan Nabi ﷺ pada setiap malam pada bulan Ramadhan untuk mengulangkaji Al-Quran dan kemudiannya Rasulullah ﷺ menjadi lebih pemurah daripada hembusan angin yang pantas.- Riwayat Al-Bukhari (3554)
Oleh itu kami ingin mengajak para dermawan di luar sana untuk bersama kami menjayakan misi dan visi MTDH dalam usaha melahirkan lebih ramai generasi huffaz yang berkualiti.
Dana diperlukan untuk
Membayar Sewa Bangunan Bulanan
Kos Utiliti
Kos Makan Minum 160 Orang Pelajar
✅Gaji Para Guru
Untuk memudahkan tuan puan, kami telah menyediakan PAKEJ di bawah ini untuk tuan/puan pilih.
Sedekah 10 Malam Terakhir RM 10
Sedekah 10 Malam Terakhir RM 20
Sedekah 10 Malam Terakhir RM 30
Sedekah 10 Malam Terakhir RM 50
Sedekah 10 Malam Terakhir RM 100
Sedekah 10 Malam Terakhir RM 150
Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :
Semoga Allah s.w.t rezekikan dan panjangkan umur kita untuk bertemu dengan malam lailatur qadar Ramadan tahun ini . Amin
Makluman:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Billpliz, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada PAPADOM ACADEMY SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Billpliz.
3. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk tujuan kos operasi pengurusan, baikpulih dan pembangunan tahfiz.