GANJARAN BERLIPAT GANDA PAHALA BERSEDEKAH DI BULAN RAMADHAN BERSAMA ANAK-ANAK TAHFIZ di 10 MALAM TERAKHIR
" Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”
(Surah Al-Baqarah: 261)
Kami di Darul Tahfiz Ummul Quro mencari insan dermawan yang baik hati bagi bersama kami menyumbang kepada anak-anak tahfiz untuk perbelanjaan makan minum iftar dan sahur di bulan Ramadhan ini.
Sedang kita bersenang dengan rezeki yang Allah berikan, jangan kita lupa untuk berkongsi bersama anak-anak yang sedang memperjuangkan Al-Quran ini.
Mungkin mereka tidak pernah meluahkan keinginan mereka untuk menikmati makanan yang lebih enak di bulan Ramadhan ini, tetapi kita sebagai saudara seagama mereka haruslah sedar dan alangkah indahnya jika kita sama-sama tingkatkan nilai untuk berkongsi nikmat dan rezeki dengan anak-anak hafiz hafizah Al-Quran ini.
Para pelajar disini mereka berusaha sebaik mungkin untuk menghabiskan hafalan mereka. Jadi inilah saatnya kita membantu mereka dengan berkongsi rezeki istimewa di bulan Ramadhan ini.
Ayuh, tuan puan, dengan sedikit infak yang tuan puan salurkan inilah yang akan menjadi penyelamat tuan puan di akhirat kelak, inshaAllah.
Harta di dunia ini takkan dibawa mati melainkan ia diinfakkan, maka ia bertukar menjadi nilaian pahala. Tuan puan akan TERKEJUT akan BANYAKNYA RIMBUNAN PAHALA ketika di akhirat kelak, inshaAllah.
Pahala ganjaran berinfak ini akan diperoleh untuk setiap pelajar yang mendapat pengajian disini, untuk setiap ilmu yang diajarkan serta didakwahkan dan untuk setiap amal yang dilakukan oleh pengajar mahupun pelajar.
dan pahala ini akan TERUS MENERUS MENGALIR untuk DITAMBAH ke akaun saham akhirat tuan puan, inshaAllah.
Dengan gandaan pahala begitu besar wajar sahaja pertolongan Allah akan turut serta seperti di dalam hadith di bawah :
"Allah akan menolong hambaNya selama hamba itu menolong saudaranya"
(Hadith Riwayat Imam Muslim)
SASARAN TAJAAN
Tahfiz ini menempatkan 100 orang pelajar tahfiz terdiri daripada 65 orang lelaki dan 35 orang perempuan. Jadi, kami memerlukan RM 20,000 untuk tajaan berbuka puasa Ramadhan ini. Ayuh bersama kami menaja makanan untuk anak-anak hafiz hafizah ini.
Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah:
MAYBANK
562786013576
Darul Tahfiz Ummul Qura Jalan Kebun
REFERENCE : SAHAM AKHIRAT
Nota:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Billpliz, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada PAPADOM ACADEMY SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Billpliz.
3. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk tujuan kos operasi pengurusan, baikpulih dan pembangunan tahfiz.
4. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +60 13-317 6280 (Ustaz Wildan).