KAMI MEMERLUKAN TAJAAN INFAK MAKANAN & MINUMAN UNTUK PELAJAR TAHFIZ YATIM & ASNAF
Adakalanya, mi goreng menjadi hidangan utama mereka seharian !!
Darul Ulum Az-Zuhri Bukit Kuching, Jeram Selangor agak terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang dan dengan kenaikan harga barang yang sangat mendadak sehinggakan kami disini hampir buntu memikirkan kos operasi di sini termasuk makan minum pelajar.
"Bajet makanan pun terpaksa dihadkan cuma RM5-10 sehari !! untuk setiap para pelajar. Adakala dihadkan lagi sehingga mereka terpaksa berkongsi makanan"
Di sini ada di antara pelajar dari anak yatim & asnaf yang kami tanggung sepenuhnya demi memastikan mereka tetap berjaya mengejar cita-cita mereka untuk menjadi hafizah Al-Quran yang berjaya
Kami di Madrasah Darul Ulum Az-Zuhri Bukit Kuching, Jeram Selangor sekarang menampung hampir 20 orang pelajar lelaki dari berumur 11 ke 16 tahun, disini pelajar di beri makan minum sarapan,tengah hari dan malam untuk yang berasarama.Dengan keadaan harga barang mentah naik,kami sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk pelajar kami,kami kalau boleh tidak mahu culas dari segi menyediakan makanan untuk mereka.Keadaan sekarang ini bebetul memberi kesan kepada kami.Dalam 20 org pelajar ini ada juga dari mereka yang dari keluarga yang kurang berkemampuan.
"Pihak Madrasah juga sedang berusaha untuk menyiapkan tempat yang lebih baik dan selesa dari sekarang.Walaubagaimana pun dengan keadaan ekonomi dan harga barang yang tinggi ini,kami terpaksa memfokuskan dulu kepada minum makan pelajar,gaji guru & utiliti..ITU LEBIH UTAMA !!". Malah, kami tidak sanggup menaikkan beban pelajar dengan menaikkan harga yuran mereka.
Oleh sebab kesan-kesan yang berlaku ini, kami hampir-hampir menangguh madrasah secara keseluruhan. Namun, kami kasihankan para pelajar yang bakal kehilangan sekolah dan guru –guru yang bakal kehilangan tempat kerja.
Oleh itu, kami memohon ehsan serta sumbangan Tuan/Puan untuk membantu meringankan serba sedikit beban kos operasi Darul Ulum Az-Zuhri agar kami dapat terus melahirkan pelajar Tahfiz Al Quraan dan menggapai masa hadapan yang lebih cerah.
BERSAMA, MARI KITA BINA LADANG PAHALA DI AKHIRAT KELAK.
Bagi kami di pihak madrasah, kami sedaya upaya menyediakan modul terbaik buat mereka menghafaz. Kami juga melihat usaha dan pemcapaian luar biasa dari anak-anak ini untuk keluar dari kesempitan hidup mereka.
Untuk memudahkan urusan anda menyumbang kami telah sediakan platform yang mudah dengan senarai pakej yang boleh dipilih mengikut kemampuan anda :
Bantu Mereka Menjadi Pelajar Tahfiz Quran Yang Berjaya !!
Asbab tajaan Tuan/Puan ini dengan amalan yang amat digalakkan oleh Rasulullah ﷺ ini.Moga pahalanya akan terus mengalir kepada kita sehingga ke hari akhirat kelak.
LOKASI KAMI:
Madrasah Darul Ulum Az- Zuhri
Lot 3554, Jalan Melati,
Pekan,45800 Jeram Selangor D.E
Terima kasih kami ucapkan kepada Tuan Puan dermawan kerana sudi memberi sumbangan dana dan membantu melancarkan sesi pembelajaran anak-anak tahfiz ini.
Kami doakan agar kehidupan tuan puan ini dirahmati dan diberkati Allah SWT. Semoga hasil sumbangan tuan puan ini bakal melahirkan para hafizah yang berjaya di dunia dan akhirat. Aamin ya Rabbal Alamin.
MAKLUMAN:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Billpliz, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada PAPADOM ACADEMY SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Billpliz.
3. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk tujuan kos operasi pengurusan, pembangunan serta baikpulih.