PELUANG BERIBADAH DI 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN BAKAL BERLALU!
JOM BERWAKAF UNTUK SIAPKAN KOMPLEKS TAHFIZ AZZUHRI, INSYAALLAH PAHALA MENGALIR SELAMA-LAMANYA
Terima kasih atas sumbangan tuan-tuan dan puan-puan semua yang banyak membantu kami menjayakan projek pembinaan Maahad Tahfiz Darul Ulum Az-Zuhri FASA KEDUA
( Musolla & 8 bilik kelas pengajian kitab )
MEMERLUKAN RM 800 RIBU BAGI PEMBINAAN FASA KEDUA KOMPLEKS DARUL ULUM AZ-ZUHRI
JANJI ALLAH PADA MEREKA YANG BERSEDEKAH
مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَٰلَهُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍۢ مِّا۟ئَةُ حَبَّةٍۢ ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ ۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ ٢٦١
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah , ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
.
Mengenali Darul Ulum Az-Zuhri Bukit Kuching ( DUAZBKC )
Maahad Tahfiz Darul Ulum Az-zuhri adalah sebuah Institusi Pengajian Islam dan Tahfiz bagi peringkat Pendidikan Rendah dan Menengah. Sekolah ini terdiri daripada pelajar fakir miskin,asnaf dan anak yatim DLL yang dipilih kerana potensi akhlak dan sikap untuk belajar serta membina taraf kehidupan yang lebih baik pada masa depan.
.
Jika tuan puan perhatikan, ruang pembelajaran untuk para pelajar di Darul Ulum Az-zuhri tidaklah begitu kondusif dengan ruangan yang agak sempit. Tambahan pula kami akan menampung lebih banyak pelajar pada masa akan datang.
Alhamdulillah, pada tahun 2020, dengan berkat wakaf & sumbangan tuan-tuan & puan-puan semua pihak duaz telah berjaya membeli sebidang tanah berkeluasan 1 ekar di Kampung Melati Pekan Bukit Kuching, Jeram, Selangor bagi membina Kompleks Darul Ulum Az-zuhri bukit kuching.
Kompleks ini merangkumi:
- Bangunan Sekolah Bagi Aliran Tahfiz dan Aliran Alim (Pengajian Islam Turath)
- Pejabat Guru dan Masjid/surau
- Asrama Pelajar
- Dewan Rasmi bagi kegunaan sekolah dan orang ramai bagi majlis ilmu

Proses pembinaan yang telah disiapkan setakat ini
1) Proses piling/ cerucuk
2) Proses footing & Konkrit lantai
AYUH SALURKAN SEDEKAH JARIAH DEMI PEMBANGUNAN TAHFIZ AZ ZUHRI INI. MUDAH-MUDAHAN SEDEKAH JARIAH INI MENJADI RIMBUNAN PAHALA SEHINGGA AKHIRAT KELAK, INSYAALLAH
Makluman:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Billpliz, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada PAPADOM ACADEMY SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Billpliz.
3. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk tujuan kos operasi pengurusan, pembangunan serta baikpulih.