Adik Zenia Kini Bertarung Nyawa Melawan Leukemia
Lahir secara normal, tanpa komplikasi tapi segalanya berubah sejak awal tahun 2025
Bayangkan baru berusia 3 tahun, tubuh ini perlu berjuang untuk teruskan hidup seperti kanak-kanak lain.
Perlukan RM22,000 segera !
Pada usianya yang sepatutnya dipenuhi gelak tawa dan permainan, dia kini terlantar di hospital menjalani rawatan kemoterapi setiap minggu , dengan tubuh kecilnya penuh dengan wayar, jarum dan luka.
Zenia dilahirkan pada 28 Julai 2022 secara normal, tanpa sebarang komplikasi. Dia membesar sihat seperti kanak-kanak lain jarang sakit, aktif, dan ceria. Namun awal tahun 2025, semuanya berubah secara drastik.
Simptom awal yang menghancurkan hati
Adik Zenia tiba-tiba menjadi lemah. Dia sering demam, kelihatan pucat, mudah lebam dan hilang selera makan. Dalam masa hanya seminggu , keadaannya menjadi terlalu lemah dan membimbangkan.
April 2025, Ibunya membawa Zenia ke hospital untuk pemeriksaan. Bacaan darah yang pelik dan saiz limpa yang membesar menjadi petanda awal sesuatu yang serius. Doktor kemudian sahkan, Zenia menghidap kanser darah (leukemia)

Ayah Zenia,
Muhammad
Amirunzakwan (28 tahun)
dan ibu,
Siti Syafiqah (25 tahun)
tidak pernah menyangka anak yang mereka sambut sendiri di rumah akan diuji seberat ini.
Ibu ayahnya tidak minta lebih, mereka cuma mohon peluang untuk lihat anak kecil ini membesar sihat seperti kanak-kanak lain.
Kini mereka bergantung sepenuhnya kepada sokongan orang ramai. Mereka tidak mampu hadapi semua ini sendirian. Bayangkan si kecil Zenia, setiap minggu melalui rawatan menyakitkan tanpa mengerti sepenuhnya apa yang berlaku. Tapi dia terus bertahan, terus melawan… demi peluang untuk hidup.