JALAN KAKI 30 MINIT DAN TUMPANG PENDUDUK KAMPUNG UNTUK KE MASJID
Sudah beberapa kali kami terpaksa tangguh untuk beli van buat para pelajar kerana dana yang ada hanya cukup untuk tanggung makan dan minum para pelajar sahaja. Itupun kami perlu cari ikhtiar lain lagi untuk menampung kos perbelanjaan lain seperti bill air dan elektrik bulanan.
Sebabkan tiada kenderaan kami masih belum ada rezeki untuk tunaikan hasrat anak-anak tahfiz ini beraktiviti di luar madrasah. Setiap kali solat jumaat dan jika ada aktiviti di masjid kami akan berjalan dan kadang atas belas ikhsan penduduk kampung untuk tumpangkan.
Madrasah kami memiliki 30 orang pelajar berumur 9-16 tahun. Sebabkan latar belakang anak-anak ini kebanyakannya dari keluarga asnaf dan anak yatim bahkan ada dikalangan mereka yang tiada tempat tinggal, madrasah tidak mengenakan yuran yang tinggi. Namun kebanyakkannya masih tidak mampu untuk bayar yuran
Anak-anak tahfiz ini tidak seperti anak-anak lain. ada yang tidak berkesempatan untuk ke sekolah kerana kesempitan hidup namun mereka masuk ke sini dengan kerelan hati untuk belajar ilmu al quran. Inilah yang menjadi penguat semangat kami untuk terus berusaha sehabis baik jalankan tanggungjawab kami untuk mendidik anak-anak disini
Namun kami perlukan sokongan dari tuan puan untuk bersama kami pastikan anak-anak ini mendapat pendidikan demi masa depan mereka. Bayangkan jika anak-anak ini berjaya satu hari nanti pastinya kejayaan mereka itu ialah hasil dari sokongan tuan puan semua
Lihatlah wajah anak-anak tahfiz ini. Walaupun masih kecil tapi jiwa mereka besar. Mereka sedang perjuangkan ilmu al quran. Tidakkah kita mahu mudahkan perjuangan mereka?
BANTU PARA PENGHAFAL AL QURAN
Anak-anak tahfiz ini sedang berjuang untuk hafal Al Quran dan sangat tinggi darjat mereka di sisi Allah s.w.t. Alangkah untungnya jika kita menjadi antara orang yang menyokong usaha mereka ini dengan berkongsi rezeki yang kita ada tidak kira berapa banyak untuk mudahkan perjuangan mereka.
“Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup aib saudaranya yang Islam maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan membantu hamba selagimana hamba membantu saudaranya.”
(Riwayat Muslim)
Anda boleh memilih mana-mana pakej di bawah :
Disclaimer:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Billpliz, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada PAPADOM ACADEMY SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Billpliz.
3. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk tujuan kos operasi pengurusan, baikpulih dan pembangunan tahfiz.